Wednesday, December 28, 2011

DHIA EPISOD AKHIR -My Version :)




Esok episod akhir Dhia. Entah apa ending dia nanti. Aku pasti dan percaya ramai yang sudah mengagak-agak apa ending dia nanti. Terkecuali pada orang yang memang dah tau awal apa ending dia la.
Macam yang lain, aku pun ada juga buat andaian untuk episod akhir esok. Tapi aku lagi suka buat ending sendiri daripada fikir apa yang bakal terjadi esok.hehehe..

Aku mau jalan cerita esok macam ni…
____________________________________________________________________________

Dhia berjaya dibedah tapi kansernya masih tidak dapat dielak. Walaupun telah dibedah, Dhia dijangka hidup tidak lama. Zikir tak tau pasal sakit Dhia tapi terus percaya dengan kata-kata fitnah mak dia dan akhirnya menceraikan Dhia seterusnya berkahwin dengan Ros. Dhia terima dengan redha.


Melina dan Azmi berkahwin selepas itu.

               
         Selepas dicerai,  Dhia pulang ke kampung halamannya untuk menghabiskan sisa-sisa hidupnya di sana. Sama seperti maknya dahulu. Dalam tempoh itu, Raffi lah yang sentiasa menemankan Dhia dan menjadi sahabat Dhia sehingga Dhia menghembus nafas yang terakhir (setianya Raffi…..i like).

               
     Rumah tangga Zikir bersama Ros amat berbeza jika dibandingkan sewaktu Zikir bersama Dhia. Yalah…Dhia kan pandai masak, apa semua..tapi si  Ros tu, Maggie jak dia tau. Tapi si Ros memang sayang betul lah dengan c Zikir. Macam-macam cara dia buat untuk tarik perhatian dan kasih sayang Zikir. Zikir pun sekarang ikut saja cakap mak dia.

               
     Selepas beberapa bulan Dhia meninggal, Zikir terserempak dengan Azmi di mana-manala.. Zikir bertanyakan khabar Dhia. Azmi pun bagitaulah c Dhia telah meninggal dunia dan menceritakan hal yang sebenarnya dari A to Z. Zikir terkejut dan menyesal. Zikir dengan pantas ke kubur Dhia dan menangis teruk. Dia menyesal dan meronta-ronta meminta maaf di hadapan kubur Dhia. Malangnya, orang sudah mati, mana ble cakap. Padan mukak mu Zikir!!!

              
          Zikir menangis tanpa henti lalu matanya menjadi buta..hahahaha…macam Kassim Selamat plak…


Emm…


          Zikir menangis tanpa henti lalu menjadi gila…..L0L….macam watak Erra dalam fillem Hingga Hujung Nyawa lah pulak.


Emm…..


         Zikir menangis tanpa henti dihadapan kubur Dhia. Mak Zikir, Zetty , Ros dan nenek Zikir turut datang ke kubur Dhia untuk membawa Zikir pulang tapi belum sempat mereka semua sampai ke kubur Dhia, Roh Dhia keluar lalu mencekik mereka secara serentak sehingga mereka semua mati. Hahahahahahhahaha.


Emm…
             
      Zikir menangis menyesal dengan perbuatannya terhadap Dhia. Dia terkenang semua kebaikan, kemanjaan dan kemesraannya bersama Dhia dahulu sehingga dia memejamkan mata. Tertidur kali…. Hihi. Zikir membuka mata….15++ tahun berlalu, Zikir menjadi seorang tua yang suka mendiamkan diri sambil duduk di kerusi roda. Di sampingnya, Ros, isteri yang setia. Maknya telah lama meninggal dunia di makan hantu raya Pak Boon. Neneknya pun meninggal dunia juga, lebih awal daripada mak c Zikir akibat sakit tua. Zeti pula selepas kematian maknya, dia tinggal di US dan berkahwin dengan mat saleh di sana, isteri pertama. Dia dimadukan oleh suami mat salehnya kerana tidak dapat mengandung. Hahahahahah

               
         Azmi, Melina dan Raffi pun turut tua…. Raffi berkahwin dengan seorang gadis pilihan ibunya beberapa tahun selepas Dhia meninggal dunia dan mempunyai 2 orang anak. Salah seorang daripada anaknya bernama NURKAMADHIA. 


                                                             ~~TAMAT~~
___________________________________________________

Heheh…itu episode akhir TENTANG DHIA versi kepala otak aku. Kamu pulak macam mana??


Selamat menyaksikan episode akhir esok :)


Apa pun yang bakal terjadi esok, percayala, itu semua telah ditakdirkan oleh Allah yang Maha Mengetahui. Kita sebagai manusia hanya mampu merancang, berusaha yang terbaik dan berserah. :)

Saturday, December 24, 2011

Tidak Dapat Tidur

Emmm,,,,
sekarang jam 3.34am..
setelah berada 4 jam lebih dalam bilik tidak boleh tidur..

Aku ambil kesempatan ni untuk download lagu2 Mawaddah..
tak buat mana-mana solat sunat..
download tu jakla..sambil dengar..
faedah juga ka??

Masa-masa sunyi begini lah senang mau muhasabah diri...
banyak benda sudah aku buat selama aku hidup..
dosa....
dan banyak kali juga aku ucap taubat..
buat tu memang buat juga tapi tulah..
pandai leka, lupa..buat lagi.

Hari ni nekad taubat lagi...
taubat pelahan-pelahan boleh kan..
nasuha macam xmampu lagi..[bleka cakap begitu]
tapi aku cuba....InsyaAllah..

Ya Allah, Tuhan yang mencipta hati
Bersihkanlah hatiku agar mazmumahku
tidak merosakkan agamaku
Dan juga tidak merosakkan kehidupan orang lain
Ya Allah, Tuhan yang menjaga hati
Baikilah hatiku agar seluruh hidupku menjadi baik
Supaya tidak khianat, tidak hasad,
dan tidak berdendam sesama manusia
Tuhan, limpahkanlah selalu ke dalam hatiku, ilmu dan hikmah
Hingga aku dapat menyuluh hatiku dan menyuluh kehidupanku
Supaya lahir dan batinku sentiasa bersyariat
Agar lahir batinku menjadi taat
Tuhan, aku harap Engkau kabulkanlah doaku ini.

AMIN
mud alim2 plak aku ni :))