Friday, December 18, 2015

Definitely, Maybe


Menurut fakta yang diberikan oleh Maya, anak kepada William Hayers, 35 orang setiap tahun akan terjun daripada Jambatan Brooklyn kerana patah hati.

‘BROOKLYN’

Pada zaman-zaman maktab dulu (2006-2011), aplikasi Yahoo Massanger (YM) sangat popular selain daripada Skype yang mana kebanyakan kawan-kawan lagi suka menggunakan Skype kerana kepantasan capaian onlinenya lagi laju berbanding YM. Tapi aku lagi suka YM sebab Skype terlalu terbuka.

Melalui YM aku kenal seorang lelaki.. Jas Muh. Kenal dalam chatroom YM. Aku kongsi berkenalan dengan dia bersama seorang kawan kaki YM juga, Salina. (jangan marah ar Sal dimention namamu.hehe)

Ada satu masa tu, kami videochat..tapi rasanya video dia jak bole buka, kami dia xdpt nampak. Kami nampak dia. Woowwww...boleh tahan kacak jugak dia tu.hehe.. Gatal! So, biasalah kalau bechatkan. Soalan comman yang mesti ditanya..tinggal mana? Buat apa? Bla bla bla.. jadi, benda yang paling aku ingat pasal lelaki Jas Muh ni adalah BROOKLYN. Dia bagitau dia berada di Brooklyn. Macam betulkan. Manalah kami percaya. Itu pasalla dia tunjuk video. Siap berlatar belakangkan poster Kung Fu Panda lagi. Tersangatla Brooklyn ! ! !....hehehe.

BEGIN JUNE 6??? befday aku...hihihi

Lama-lama kenal, tau la suda asal usul dia rupanya orang kampung sebelah jak..sana Lahad Datu. Payah benar sebut Brooklyn Brooklyn.

Kenapa tiba-tiba tulis pasal dia ni bukan apa. Tadi tengok Channel Diva cerita Definitely, Maybe.. tetiba anak si Will tu cakap Brooklyn, terus teringat dengan si Jas Muh ni. Teringat gitu-gitu jakla..xda maksud lain pun. Ibaratnya kalau Brooklyn-Jas Muh. Jas Muh-Brooklyn.

Sekarang Jas Muh pun sudah berkahwin dan dengar-dengar bini dia tengah tunggu masa untuk bersalin jak. Happy for him.. Semoga bini dia selamat melahirkan junior dorang. Dua-dua selamat. Selamat melahirkan dan selamat dilahirkan. P/S Baby, kalau keluar dari perut mama’ baik-baik ya. Kurangkan kesakitan mama’. Jadi anak yang soleh solehah.

P/S:
Kepada Jas Muh dan AA (bini dia).
Maaflah sebab jadikan bahan cerita.
:))

Ini semua kisah silam.
Kisah silam yang menjadi salah satu perencah rasa kehidupan.

Kita hanya kenal di alam maya.
Kalau murah rezeki, umur panjang, ada jodoh,
Kita jumpa di alam yang fana ini.
:))