Monday, August 15, 2011

-tribute to my friends-


FIKIR SENDIRI
MAHU HIDUP DI BAWAH TELUNJUK JARI
ATAU ATAS KAKI SENDIRI
TAPI MAMPUKAH BERDIKARI DIUSIA BEGINI?
TANYA DIRI.

AKU,
LEMAH IMANKU
MAKA KU TURUTI 
SELAGI TIDAK BEGITU MEMBEBANI
MENYAKITI 
DAN BUAT AKU RASA MAU BUNUH DIRI

Aku gerak ikut mana yang mampu, awal, awallah.Lambat, apa boleh buat. Rezeki. Aku Redha.

Saturday, August 13, 2011

Bicara Hati Ke Hati

Assalamualaikum dan salam 14 Ramadhan,

Kenapa wujudnya bicara hati ke hati ini?
Sebabnya, ada hal yang serius yang perlu diselesaikan dan kalau tidak dapat diselesaikan sekali pun, sikit-sikit bolehlah tahu rasa hati masing-masing dan melepaskan tekanan di dalam diri.Tapi semestinya jalan kepada penyelesaian masalah menjadi objektif sesi. Dikuatiri stres dan burnout menjadi-jadi dan yang paling sering disebut-sebut, kamu ni contoh kepada yang lain.

Rasanya ini bukan kali pertama sesi bicara hati ke hati ini dibuat. Ternyata perhatian kepada kami sangat diberi dan sudah pasti kami sering merunsingkan mereka. Risau akan menjatuhkan nama baik organisasi dan semua warga di atas berasa malu dengan puak-puak atasan seperti mereka.

Fikir Positif.
Semua yang berlaku ada hikmah dan sudah tentu untuk kebaikan.
Tapi kami, mencipta alasan: "Kami muda, kawalan emosi kurang, yang lebih panas baran".

____________________________________________________________________________

Daripada kesenyapan dan pemerhatian aku terhadap sesi yang berlangsung hampir 3 jam ++ ini, aku buat rumusan sendiri bahawa sesi ini seolah-olah terbahagi kepada dua bahagian;
1. Pertandingan antara kau dan aku.
2. Win-Win Situation.

Suasana berada dalam pertandingan pada awal sesi memang sangat terasa. Aku rasa, hampir semua yang hadir pada ketika itu sangat membara hatinya kerana setiap kata dipatahkan dengan kata-kata. "U cakap I ble cakap apa saja yg I rasa tp U salahkan semuanya pada I". Ya, memang betul, apa yang dikata adalah mengikut rasa jiwa yang marah tapi apa salahnya kau tegur cara berhikmah. Aku dan kami semua tahu kau berkuasa tapi norma-norma manusia kau letak di mana??
Masing-masing mahu menang. Tapi adat pertandingan. Pasti ada yang menang dan ada yang kalah.

Keputusannya; Kau menang! Aku dan kami kecundang.
Sapa yang suka kalah? Tapi tidak apa. Mengalah.

Straight set kalah.

Bahagian kedua berlangsung agak tenang berbanding yang pertama. Memang dapat rasa kecuali bagi orang yang memang tidak suka sesi ini dari mula. Rasa panas punggung duduk lama. Dari hembusan nafas saja aku boleh rasa. Hihihi. Kuat gila. :)

Aku suka bicaranya yang ini,
"Jangan anggap saya menang dan kamu kalah"
Tapi inilah yang majoriti dari kami rasa sebelumnya.
" Bila saya menang dan kamu kalah, saya rasa saya akan semakin jauh dengan kamu. Saya akan kehilangan kamu"
"Tiada siapa manusia dalam dunia ini yang boleh hidup sendiri. Saya perlu orang lain untuk uruskan jenazah saya bila mati. Saya tidak boleh jalan dan kubur diri sendiri nanti"

Ini yang satu lagi,
"Jangan ditanya kenapa aku dibuat begini tapi apa sebabnya aku dibuat begini"

Eh, tak samakah maksud dia tu?
Maksunya begini: Hari tu, aku tertangkap datang lewat ke kelas dan aku didenda, maka aku pun tanyalah.."kenapa aku kena denda pulak, aku baru lambat 5 minit ja pun. teroknya jugak eee"
Kalau ikut kenyataan di atas, aku sepatutnya cakap macam ni: " Apa hikmahnya aku tertangkap hari ni ya? selama ni aku lambat ok ja.emm, rezeki aku ni. Mesti ada baiknya dari kejadian ni."

Arr..macam begitulah lebih kurang. Dia ni macam fikir positif dengan apa yang berlaku terhadap diri kita bahawa semuanya telah ditentukan dan pasti ada hikmah dan pelajaran di dalamnya. Kita perlu muhasabah diri, merefleksi diri dan paling penting berubah untuk menjadi lebih baik pada masa akan datang serta berjanji pada diri tidak mengulangi kesalahan yang sama berulang-ulang kali.
 "Manusia tidak sempurna" 
Betul. Tapi manusia ni hidup dengan berusaha mencapai kesempurnaan diri. Cubalah berubah supaya orang tidak melabel kita ni jenis manusia yang macam mana. Pandai pulak kita marah kalau ada orang cakap "eh kau ni pemalaslah, buruk perangailah, tidak berdisiplinlah, apala..semualah"
Tapi kan, ada dalam kalangan manusia hari tu... belagak macam Perfect ja kan.hik hik.

Sifat manusia memang suka menilai orang lain. Aku pun manusia, dia pun sama, kamu pun. Jadi sure-sure kita sendiri pun selalu dan pernah menilai dan menjeniskan manusia.

"Cermin tiada depan kau masa kau bercakap dan berkelakuan"
So that's why lah orang yang ada disekeliling kau yang jadi cermin dan yang  ber'tuah'nya cermin tu tahu bercakap. Tahan telinga sajalah dengan apa yang cermin tu reflek terhadap apa yang kau cakap/buat.

Kesimpulan yang paling aku suka dan aku akan ingat sampai bila-bila:
 
ٱهْدِنَا ٱلصِّرَ ٰط ٱلْمُسْتَقِيمَ
(Tunjukilah kami jalan yang lurus)
P/S: Berubahlah ke arah kebaikan Nur Shazwani Binti Buse :))