Sebelum kita berpisah dan mungkin xkan berjumpa dan kenal lagi di lain hari kerana kau pasti akan berubah. Begitu juga aku.
Kau ingat lagi? Mcm mana kita jumpa 4 d 1st time…?
Time tu aku tgh servey2 tempat keja baru aku. Minggu depannya aku kena daftar masuk keja situ. Aku duduk di pondok depan bangunan pejabat menunggu seseorang. Kau muncul bersama seorang rakanmu. Kau xtanya aku tapi aku yang tanya kau dulu. Dasar aku xtahu malu. “Encik, encik kenal kak Mimie tak?” . Simple jak kau jawab TAK. So aku pun fikir kau xkeja di tempat keja aku ni (bakal).
Masa tu kau tengah tunggu time mau buat keja kat luar . Ambik2 angin. So kita bual2. Kita crita pasal tempat tinggal, hobi.. dan kita punya hobi yang sama. Suka bersukan. Patutla aku tengok badan kau berotot semacam. But yang peliknya, kita masing2 xtanya pun nama kita.
Tiba masa kau terpaksa beredar untuk melaksanakan tugasanmu. Aku pun terus duduk menunggu kak Mimie yang hampir sejam lebih aku tunggu. Huh..busy agaknya.
Kau ingat lagi tak macam mana pejumpaan ke-2 kita.
After beberapa hari aku masuk keja, tetiba aku ternampak kau lalu depan aku. Kau lalu macam angin jak. Mungkin kau tak cam aku. Aku pun sure xsure jak itu kau. Sakit kepala aku mengingat siapa kau. So biar jakla.
Entah kenapa, memang jodoh kita agaknya, time rest kau duduk tempat sama aku duduk tenangkan kepala. Kali ni kau yang tegur aku. “Hai cik adik, sorang je? Nak abang teman ke?”. Gatal ja bunyinya..eeee..menyampah aku! Aku xpedulikan kau.
Zeeeetzzzzz…! Aku tersentak. Badan aku macam kena kejutan letrik ckit time tu. Tetiba otak aku gtau yang kau ni mamat yang aku jumpa dkt pondok depan bangunan pejabat ari tu. Kali ni aku yakin. Kau ketawa tengok gelagat aku. Aku xhiraukan dan terus tanya kau .“Encik ni yang ari tu jumpa dekat pondok kan? Encik yang suka main hoki tu kan, saya pun.. Encik xingat dengan saya ke? Saya lah, saya, saya..ingat tak???? Saya pempuan yang tengah tunggu kak Mimie tu..encik cakap ari tu encik xkenal kak Mimie tu sapa kan…ingat tak, ingat tak???” Aku terus menagih ingatanmu.
HAHAHAHA… kau ketawa besar. “kenapa?”, aku tanya. “Awak cakap banyak sangat. Xhaus ke?”
Aku pun ikut ketawa juga. Rupa-rupanya 1st words aku pun kau suda ingat dengan aku tapi kau cakap kau xda peluang mo gtau.
Sejak pejumpaan ari tu, kalau kita terserempak, kau mesti cakap, “hai cik adik, dah makan ke? Nak abang blanje? Dan semua words kau mesti bermula dengan hai cik adik. . aku suka dengar dan mesti senyum klu teringatkan kata-kata kau tu.
Walaupun sering terserempak, aku masih xtau pun nama kau. Aku asyik lupa ja tanya nama kau. Last2 aku dapat tau nama kau dari kawan-kawan kau. Kebetulan diorang sebut nama kau.
Kau pula tau nama aku sebab kau tengok di luar buku catatan aku kan…… aku nampak kau curi-curi pandang buku aku time aku tengah balas sms bos aku. Bila aku tanya macam mana tau nama aku, kau cakap kau tu macam bomoh. Semua benda kau tau. Belagak la kau. Hehehe.
Kau ingat tak ada satu hari tu aku keja over time. Kau tunggu aku di luar pejabat tapi kau xngaku. Kau cakap kau kebetulan lalu depan tu. Kau tawarkan diri tuk hantar aku pulang rumah. So aku on jak. Tapi sebelum tu ko singgah gerai tepi pantai blanja aku minum air kelapa plus terang bulan panas2. Kau sangat tahu apa yang aku suka. Tapi yang aku tau kau suka bersukan saja. Huhu
Pasal blanja2 ni kau xbekira sangat. Penah sekali tu bos kau bagi bonus. Ntah bonus apa ntah. Kau just cakap kau pekerja kesayangan bos kau. Aku malas mo layan kau. Makin layan makin banyak lawyer buruk kau nanti. Aku just eyakan jakla. Kau plan mau bawa aku bercuti, bawa skali adik kau. Aq set kan mau g. tpi da sampai masanya aku kol kau yang aku xdapat g sebab ada hal. Kau tak tanya aku pun pa hal. Kau terima jak dan cakap xpa.
Sampai di tempat penginapan kau terus kol aku, bagitau kau dah sampai. Kau siap bg mms gambar kau lagi. Aku masih simpan lagi gambar kau tu. Cute. Siap peace lagi.
Kalau aku mau cerita semua benda yang kita lalui bersama, sangat banyak. Aku hanya mampu merangsang ingatan kau sahaja melalui beberapa kenangan kita ni.
Esok aku akan pindah tempat keja. Kau tak tahu kan. Aku pun xsanggup bagi tau kau. Jadi aku harap selepas kau baca catatan ni, kau dapat bersedia. Jangan cuba halang aku dan aku juga xkan minta kau ikut aku. U know wat I mean kan?
Aku minta maaf jika selama kita bersama, aku telah wujudkan perasaan yang salah dalam diri kau. Bagi aku, persahabatan adalah segala-galanya. Dan tiada yang dapat menandingi persahabatan, walau cinta sekali pun. Mungkin pendirian aku bertentangan dengan kau atau pun orang lain tapi u know me well kan. So why cant u understand that? Sorry so much friend.
Bayangkan jika kita bercinta, perkara yang sama juga akan berlaku, aku tinggalkan kau. Malah mungkin lebih teruk kerana aku terpaksa menjauhkan diri kerana aku tidak selesa dengan hubungan cinta bersama sahabat yang aku sangat sayangi. Better this way. Even aku pergi, we still can berhubung bila-bila masa. Dan bila nanti kita tidak cam muka antara satu sama lain macam pertemuan ke-2 kita tu, tapi aku yakin, di dalam hati tetap terpahat memori antara kita berdua. Tak kan pernah luntur.
No comments:
Post a Comment