Thursday, April 7, 2011

Baby yang berkuasa! Boleh mengangkat 26 orang berumur 10 tahun

سيا إله نور شيزون بنتي بس . سيا تينججال دي بات ٤١/٢  جالن عباس تو .
وا.... بوله طليس جنة توليسان جوي لا.
بنية سمات. أكو سوق له معكم ني. تيريوس كسجادي با أكو مو بيوت بوست باسل "بابيء ني. 
هههه...

Ba yala..siapla sd aku test2 tu tulisan jawi..mcam syok ba.hehe.
Berbalik kepada cerita pasal Baby yang punya kuasa ni. Alkisah_____..

        Pada suatu hari, di sebuah sekolah terdapat 2 orang guru praktikal sedang menjalankan satu sesi pengajaran berpasangan bagi subjek bahasa Melayu (BM). Mereka berdua menjalankan pengajaran di bilik tayangan kerana memerlukan LCD bagi pengajaran pada hari tersebut. Kelas pun bermula.

Ketua kelas: Berdiri semua. . . Assalamualaikum cikgu.
Semua murid: Assalamualaikum cikgu.
Cikgu 1: Walaikumussalam. Duduk.
Cikgu 2: Walaikumussalam (dalam hati)

         Selapas itu, cikgu 2 memulakan pengajaran dengan set induksi menonton video berkenaan dengan banjir yang berlaku di sebuah daerah di Semenanjung Malaysia. Majoriti murid memberi tumpuan terhadap video tersebut. Selepas selesai, murid seperti biasa akan respon terhadap video tersebut. Selesai set induksi, cikgu 1 mula mengajar bahagiannya. Langkah 1, 2, 3 dan penutup.

        Bla bla bla bla...cikgu tanya..murid jawab..cikgu tanya...murid jawab...murid jawab..murid jawab...akhirnya habis sejam sesi pengajaran dan pembelajaran pada hari tersebut. Murid pada saat itu kelihatan lesu sekali. Mungkin bosan dengan cikgu berdua tu kali..hehehe. (mungkin syak ba).

         Secara kebetulan, selepas subjek BM ialah subjek BI yang mana guru BI pada ketika itu mempunyai urusan di luar sekolah. Maka seperti biasa dan standardlah guru praktikal diarah untuk mengganti kelas. Guru berdua tu pun bercadang meneruskan pengajarannya sehingga tamat masa BI.

         Mereka bercadang untuk merawat kelesuan muridnya setelah penat belajar tadi. Murid dihiburkan dengan muzik dan lagu-lagu yang riang. Di samping itu, mereka juga dihidangkan dengan video-video buget hebat cikgu tersebut...dan standard guru praktikal lagi ialah mengajak murid untuk menari Tarian Ayam..kok! kok! kok!..Entah kenapa, murid-murid tidak jemu dengan tarian tu. Cikgu pulak yang jemu bah.

        Sampai satu saat, buget guru tadi untuk menghiburkan muridnya telah habis. Ibarat duit tabung kalau dikoret terus akan habis jugakkan. Sebagai negara yang mengamalkan demokrasi, kedua-dua guru tadi cuba mendengar luahan dan permintaan murid sendiri untuk menghiburkan diri mereka.

     Memandangkan masa tu adalah masa subjek BI, cikgu ni pun paw la murid dia dengan trep hebat speaking english. Padahal dia punya English is RUBBISH!!! 

Cikgu 1: Okay, what song u all want to listen? let teacher sing it to you. Teacher is finalist of         OIAM you know... 
Cikgu 2: (Tersenggih-senggih di balik laptop lawan ketawa).
Murid 1/26: Teacher teacher...let me sing lah.. my voice is better than yours. 
Cikgu 1: a eh budak ni, lawan tauke plak(dalam hati dia berkata).
             : Okay, you more good than me yaaa. . so can you sing some song to all of us here?
Semua murid kecuali murid 1: Yeaa..prove it to us!!!
Murid 1/26: Naa.... (sambil menggoyang2kan sebelah tangannya tanda itu kerja mudah!)

         Murid itu pun bersedia untuk menyanyi. Semua murid dan dua orang guru tadi pun memberi perhatian terhadap murid tersebut. Murid tersebut pun nyanyi..
Waaaaa! Fuyyoooo...! ternyata murid itu memang lebih hebat dari cikgunya. Murid tersebut siap nyanyi lagu Maher Zain lagi jhoo. Siap dengan gaya lagi. Klu Maher Zain dengar mesti dia menangis gila2 xtrima kenyataan ada orang lagi better dari dia.

Cikgu 1: Okay3. Never mind. Malay's Starring always lost 1st. 
Murid 1/26: Ala....save your word!
Cikgu 1: ?!?!?!?! (blur)

       Selepas cikgu tadi "dimalukan" oleh murid tadi. Kedua-dua guru tadi pun hilang semangat untuk mengpaw murid-muridnya lagi. Jadi mereka berdua terpaksa menjalankan aktiviti nyanyian beramai-ramai agar tiada yang kalah atau menang. 

Cikgu 1&2: Kamu semua mahu nyanyi lagu apa?
Murid 1/26: Insyaallah..Insyaallah..
Murid 2,3,4/26: Hujan cikgu...cikgu ba..hujanla ba..
Murid 5/26: Cikgu! lagu Shahir.
Murid lain2: cikgu cikgu cikgu..zeeeeeeeeeeeeeeeeeeeett.... (macam lebah)

         Autokratik! guru memilih lagu Gemuruh-Faizal Tahir. Murid nanyi jugak. Suka lagi.hehehe

Selesai gemuruh. Murid mula membuzzzz macam lebah sekali lagi. Kali ni cikgu tunaikan jgkla lagu permintaan muridnya. Shahir-kebahagiaan dalam perpisahan. Jiwang lhorrrr.. Penuh perasaan dan mendayu2 diorang nyanyi. Happy lah tu DJ radio pusing lagu permintaan diorang. Cikgu no2 tahan2 jak telinganya dari keluar darah. :P

         BUZZZZZZZZBUZZZZZZ....selesai lagu mesti melebah ba diorang semua ni. semua lagu dorang mau nyanyi. Suruh jawab soalan macam2 alasan plak diorang bagi. Sakit leher sebab salah bantal la tidur semalam, mau g tandas xtahan mau kencing sebab tadi pagi minum milo manis banyak betul dan paling membunuh punya alasan ialah "cikgu ajar xbestla..boring"!!

       Cikgu tadi pun tahan hati jak dengar alasan-alasan muridnya. Dan buat kali terakhir, cikgu autokratik lagi. Cikgu berdua sepakat untuk memusingkan lagu berhantu. BABY by Justin Beiber. Lagu dipasangkan.. ho u o ho o u o...jeng jeng.....ho u o hu o u ohhh hoooo...

Murid 6/26: I know you love me, i know you care...lalalalala
Murid lain: beeee...jeleknya cikgu..
                   lagu lain ba...lagu itu ini itu ini itu ini itu ini..

    Kebanyakan murid tidak bersetuju dengan lagu Baby ni. Tapi murid perempuan layan. Murid lelaki bising dok sebut-sebut lagu yang diorang mau sambil si Justin Bieber tu memBaby2. Guru biarkan saja gelagat murid lelakinya itu kerana sudah tidak bermaya untuk melawan. 2jam ba tu duduk dalam kelas yang sama tanpa henti.Penat.

         Justin Bieber ni ramai peminat tapi pembenci dia ni pun ramai jgk. Situasinya samalah yang macam murid-murid tu tunjukkan. Cikgu dia pasang lagu Baby dia dok bising mintak lagu len. Tapi tu la...seperti tajuk post di atas. "Baby yang berkuasa!", murid akhirnya akur di part chorus lagu ni..

Murid yang protes: aish...lagu hujan ba cikgu. lady gaga la. waka waka cikgu best.saminamina e eh wakawaka a eh..cikgu pusingla lagu Radiohead ka, MCR ka, baru menggigit. Apala justin beiber ni,macam pondan jak aku tengok. (macam2)

murid-murid yang protes tu bising sampai lagu Baby yang perempuan tengah nyanyi tenggelam kerana kebisingan mereka.. But...Baby punya kuasa ok.

chorus:
Semua murid:  And I was like baby, baby, baby, oh
                          Like
baby, baby, baby, no
                          Like
baby, baby, baby, oh
                          I thought you'd always be mine, mine
                          Baby, baby, baby, oh
                          Like
baby, baby, baby, no
                          Like
baby, baby, baby, oh
                          I thought you'd always be mine, mine


hahahaha..cikgu berdua pun ketawa tengok semua murid yang protes tadi sing along part chorus tu.hahha. Selesai korus, diorang bebel lagi mintak lagu len tapi bila sampai part korus baby baby..automatik diorang nyanyi lagi. sangat lucu.

The End!

ha, tu la mo habaq kuasa Baby. even ramai yang xsuka Justin Beiber, tapi  diorang nyanyi jgk dan kadang2 telinga diorang layan jgk Baby tu.  sebenarnya aq pun xminat dgn c Justin ni. Tapi kadang2 mo jugak aq dengar lagu dia. Just suka2. Anda bagaimana? ?

_Jgn libatkan or bygkan watak di atas dengan sesiapa_



 

No comments:

Post a Comment