Thursday, June 23, 2011

Tengok Wayang atau Movie?

Ni aku tulis ikut rasa aku. Klu org lain aku xtaula apa dorang rasa.

Wayang dan movie ada beza ka? em...kenapa panggung wayang  ndak dipanggil juga sebagai panggung movie? macam pelik plak didengarkan klu panggung movie atau pun panggung filem.(ntahla. aku bukan study pun bneda ni. aku men tulis syak).

Kalau ikut aku, aku lagi suka tgok muvi daripada tgok wayang..hahha..ada bezaka? Ok, maksud aku di sini adalah: tgok wayang bermaksud tgok muvi d panggung wayang atau ckp org putih; cinema. Tgok muvi pulak ialah tgok muvi selain di panggung wayang atau mana2 tempat yang sealiran dengannya.

Seumur hidup aku, aku pernah g tgok wayang cuma 5 kali syak. Sepatutnya 6 kali tapi yang sekali tu xjadi.
Aku xingat suda brapa umur aku time xjadi g tgok wayang tu. Tapi masa tu aku masih sekolah rendah. Ni rancangan keluarga cousin aku ba ni. Dorang ajak g tgok wayang malam punya timing. Biasala klu budak2 kan, manala tahan tidur lambat. Time menunggu jam mo bejalan tu tetidur pulak. Jadi xjadilah. Masa tu panggung wayang di Tawau namanya Empress. Di sebelah Sega. Satu2nya cinema yg ada d Tawau. Sumpah aku xtau macam mana rupa dalam tu sebab xpena aku masuk. Sekarang mana ada suda panggung wayang tu. Jadi tempat org beniaga baju2 suda. Aku pena makan ABC di bawah tu time panggung tu tutup. Xsedap ABC nya..hahahah.


ni lah dia. Xpena ku jejak.

ni rupa dia selepas panggung wayang tutup. Dorang buka restoran bawah tu. Tapi sekarang xda suda restoran. kedai eksesori hp ngan baju suda d situ.
Setelah rancangan pertama ke panggung wayang gagal, bertahun2 jugakla berlalu baru aku g panggung wayang buat kali pertama.1st time aku g tgok wayang masa umur 18 tahun (2006). Dan filem bertuah yang jadi perasmi antara aku dgn panggung wayang ialah crita Mukhsin. Wah..macam jakun syak 1st time masuk c2. Kesakaian ba. Nasib si kawan yang bawak tgok tu suda biasa. Aku follow syak dia dr blakang.Tapikan bukan di Empress la. Di panggung wayang Kota Kinabalu (CP). Kebetulan time tu aku jumpa kawan di sana. Jadi kluar jumpa pastu xtau mo buat apa jadi g la tgok wayang.

Ni la muvi gila2 aku mau tgok. Memang xkesabaran aku time tu mo tgk. Dapat peluang trus rembat. Aku yang keluar duit blnja kawan2 g tgok muvi ni. Dari tiket sampaila jajan2 dan minuman. Sanggupnya aku. Time tu telambat kami masuk panggung. Tertinggal ckit part startingnya. Tapi xpa. Aku banyak kali jgk suda tgk ni muvi. Sebab aku ada bli ni cd nya. Tapi xtau mana suda tu cd. Siapa yg pinjam tu ar??kasi balik..hihi. Kenangan paling aku ingat time tgok crita ni bila kawan aku ikut baca bacaan c Mukhsin time dia mengaji quran..wa...best..

Kali kedua, ketiga,keempat  dan kelima aku g lagi. Filem yang aku tengok--> CJ7 (2008), X-Men:Wolverine(2008), 27 Dresses (2008) dan last skali aku g tgok wayang crita kartun Rapunzel 3D (2010).

syok ni muvi. Lucu ada, sedih pun ada. Comel ba cj7, aku suka. Aku ada patung cj7 mini kena bagi kawan dan bantal peluk mini cj7, rumet yg bagi. TQ TQ

Aku xingat crita ni..xtgok betul. dgr2 syak.. tp yg aku ingat ada part bisu/silent. Kesilapan teknikal d panggung tu la..Tiba2 xda sound ba ni muvi. Tepaksa penonton yg besuara. Ada plk mamat srg tu buat lawak. Mo mintak duit separuh arga tiket konon. Ketawa semua penonton dlm tu.

Ar..ni crita aku yg cadang tgok time kwn ku mo blanja tgok wayang. Sekali boring la ni crita. Rugi RM20. Tapi masa tgok ni, pilihan muvi xbyk. Lagi pun mcm xda yg best time tu. Tapi ntah kenapa kilik2 mo jgk p tgok wayang.Bazir syak.


Last skali aku jejak kaki di panggung wayang tgok crita ni la. Rapunzel 3D. Dalam panggung wayang tu xramai org. byk tempat duduk kosong. Yang tgok pun budak2 kecik sebab mak drg blnja cuti ujung minggu kali. Tapi syok jgkla dengar budak2 ketawa. Memandangkan harga makanan d panggung tu mahal gila2 cekik darah urat saraf semua, jd sebelum muvi tu start, aku ngan kawan tu g la jln2 dlu d luar. Rupanya.. g menapau jagung rebus. Pastu seludup masuk panggung. Nyaman lagi daripada mkn kropok. Masuk angin syak. Dan selepas dari hari itu, aku xpena lagi g tgok wayang. Aku just tgk muvi syak pakai laptop atau dvd player d rumah ku.

 Aku lagi suka tengok muvi daripada tgok wayang sebab:

1. Aku rasa rugilah bli tiket wayang mahal2 padahal klu banding dengan bli cd dia lagi bebaloi. Ble tgok ulang2. Lagi pula, pelajar mcm aku ni klu pasal muvi2 ni sekejap syak. Balik asrama nanti, kawan ada suda crita tu. Tgl bawa pendrive syak. Free lagi. Tapi kelemahannya mungkin aku akan tgok lambat sikitla daripada org yg tgok wayang (di panggung wayang). Em, aku xkisahla sama ada lambatka cepatka. Klu tgok awal2 pun bukan ble dapat hadiah pun. Sama syak. [terkecuali filem Mukhsin.hihi]

2. Aku rabun dan malas pakai cermin mata klu keluar bandar. Disebabkan oleh itu, aku klu dalam panggung bukan nampak betul pun tu skrin. Kabur2 dan belapis2 imej tu aku tengok. Sia2 ba. Nasibla aku dibelanja. Klu pakai duit sendri, kompom aku xmo tgok. Balik2 kasi begini2 mataku (kasi kecik2 ni mata,haha) di olok aku oleh kawan ku terus.....huhu

3. Aku xdapat feel tgok muvi di sana. Sebab rabun tu la. Xnampak betul aksi2 dlm crita tu dan klu telepas satu2 part tu, kira burn la. Mana ble ulang2 mcm klu tgk sendri2 di rumah. Tepaksa tanya kawan sebelah. Mengganggu plak org len mo tgk.huhu

4. Aircord dalam tu telampau kuat. Baru sekejap aku dalam tu suda rasa mau kencing. Mau keluar g tandas jauh. Mau turun tangga lagi. Pastu gelap lagi. Banyakla halangan2 mo g tandas. Sama jgk macam tadi, klu kluar g tandas, kompom tetinggal tu crita. Klu tgok sendri di rumahkan bgus. Ble lagi di kasi pause2.

5. Kedudukan time tgok tu hanya ble duduk dalam pelbagai jenis duduk sahaja. Xble baring!!

Kesimpulannya, tgok muvi sndri2 or ramai2 dgn kwn dr laptop lagi best dr tgok dalam panggung wayang.


Ada orang ajak aku tgk wayang time cuti ari tu. Dua crita ni jadi pilihan.hahah..Keputusannya: xpaya! Tunggu syak kwn2 dwnld.hihi

Roommate aku tgh tgok Merong Mahawangsa. Xphm dia jalan critanya. Tepaksa dia ulang2 balik. Tengok, klu di pawagam mana ble ulang2. Hehihehihehi.
sumber gambar: Google

Wednesday, June 22, 2011

miss u like crazy

Huhu..cni ujan lebat..angin kuat betul..pokok sebelah bilik aku ni pun rukuk ke bumi suda. Aku suka tengok ujan, rasa air ujan, rasa angin hujan..sejuk....Aku buka jendela bilik pastu dok tgok ujan. Cantik betul bila cahaya lampu tu dpt bagi tgok titisan hujan yang jatuh. Tu semua buat aku rindu dengan rumah, bilik, org2 dlm rumah. Klu time ni aku d rumah, kompom aku duduk depan tingkap mengadap luar. tgok hujan..best..paling best klu kenak tempias air ujan..waaaa...
betapa aku rindu dengan semua2 yang ada d rumah.... :(

Tuesday, June 21, 2011

Feno-Angry Birds

Angry Birds — Official Online Shop

Klu dlu2, kita yg lastik burung tapi sekarang ahli2 dalam Persatuan Burung Sedunia yang terdiri dari semua lapisan jenis burung (terkecuali yang e2 tu ya) telah bangkit dengan rasa marah yang membuak2 untuk membalas dendam. Ni kali lah..diorg (diorang?? org? diowan kali) lagi yg mo melastik. Mari kita lihat sapa yg kenaaaaaa.

_anduk kesian..elang telur diowan_

Fenomena Angry Birds ni telah menular di sekitar aku. Mana2 p mesti dgr sound effect gem tu.

Setiap kali aku ulang-alik dr bilik ke tandas or blik cuci, mesti aku dgr sound c Angry birds tu.. Pertama dengar bunyi binatang, nanti2 lagi tedengar plak bunyi suara manusia yang men tu sebab yg d aim xkenak..hahaha... ni bukan angry bird suda ni... Angry Player suda. Tapi best jgk tgok drg men. Sampai tebawak2 ba badan diorg, memiringla apala supaya blok2 pelindung tu jatuh..hihi..(Psikomotor)

1st time aku tau pasal Angry Birds ni time aku on9 fb..dorg2 semua gaduh2 ntah pasal apa ntah n then ada sorg mamat ni syorkan men game ni lagi best dr bising gaduh2..

tapi aku xmen jgk game ni.just tengok2 syak..

2nd time plak, tadi. Dalam kelas, drg classmate men. Okla..mcm best.nti mo try la jgk. hihi

3rd time plak baru tadi jgk. Buka2, baca2 blog tetiba ada entri pasal game ni yang menjadi kegilaan awek2 sekitar pahang, kl..dan kelas aku jgk...haha.

_xkira kau sapa pun ko ble men dan minat dgnnya_

So, selamat memiliki apa yang diinginkan.Ble la dptkan koleksi2 brgn jenama Angry Birds ni d link atas tu. klu xmampu, save syakla gambar2 angry birds tu d google images..hihi..simpan koleksi gambar syak pun jadi la.

Ba, apa mcm kita men lastik ujung minggu ni.. xlastik burung pun xpa..kita lawan lastik tin2 kosong syak ba. Ada brani??? tapi lastik masing2 buat. :)

Monday, June 20, 2011

Kekasih Hati Pengarang Jantung Aku

Aku bg 2 situasi tuk aku sendri fikirkan dan jawab.

1. Semasa kau pulang dari dating dengan kekasih hati pengarang jantung (khpj) kau, tiba2 kau terdengar bunyi hp...
"tut tut, tut tut".
"Eh..apasal skema betul bunyi hp aku ni??"
Kau pun p la check beg tangan kau. Lorhhh..hp khpj kau rupanya.
"Macam mana ble masuk dalam beg aku pulak ni?"
Kau bercadang untuk memberi pesanan ringkas kepada mana2 kawan khpj kau yang terdapat dalam simpanan hp tersebut untuk bgtaula yg hp khpj kau ada ngan kau. Semasa kau mo taip msg tu tiba2 ko ternampak  dan terus membaca msg2 khpj kau dengan seorang perempuan yang kau tidak kenali. Kau juga turut buka dan baca sent item khpj kau. Waaa..berasap suda!!....kes curang suda ni. Xpaya penjelasan suda. kompom curang ni... Kau bt pa la?

Gambar hiasan
2. Semasa kau tengah bual2 ngan khpj kau d telefon, tetiba kau terdengar hp lain bunyi or bergegar mungkin tanda msg masuk or org kol. Ni terang2 suda bukan bunyi dari tempat kau ni. Bunyi tu tidak lain dan tidak bukan dan tiada syak lagi datang dari tempat khpj kau. Kau bt pa la?



Aku, sila taip jawapan di bawah [comment box]


Sunday, June 5, 2011

| Happy Birthday To Myself |

Alhamdulillah. Bertambah setahun lagi usia aq. Maksudnya hayat hidup aku berkurang suda. Ntah bila ntah akan mati. Ready syakla. :). Selamat Hari Ulang Tahun buat diri aku sendiri. Teruskan jalani hidup. Beranikanla diri tu sikit tuk ambik risiko dalam segala hal. Xcuba mana tau kan..kan..
Akhir sekali, hargai apa yang aq miliki. Ingat kisah Rumput ngan Murid tu. Ingat selalu. 
| I LOVE MYSELF | HAPPY BIRTHDAY TO YOU |