Tuesday, July 12, 2011

Selamat Ulang Tahun Ke-5 (10 Julai 2006-10 Julai 2011)


Sering berlaku keterlewatan dalam kehidupan ku.. seperti;

Lewat bangun untuk solat subuh tetapi selalu menunggu-nunggu azan mahgrib kerana sudah tidak sabar untuk berbuka puasa.

Lagi,

Ketika aku di bangku sekolah dulu, aku selalu menjadi pelajar terakhir yang pulang dari sekolah kerana bas sekolah aku lambat datang angkut aku. Huhu.

Dan lain-lain lagi seperti .

SELAMAT ULANG TAHUN KE-5 KAWAN-KAWAN SEPERJUANGAN (berjuang rupanya kita ni kan)

Bersempena dengan ulang tahun kita ini (aku lewat beberapa hari), aku mahu tujukan lagu buat kamu semua. Boleh tuju lagu???? 

Tamatlah zaman persekolahan
Ku masih dihantui memori
Waktu kecil waktu yang gemilang
Oh Tuhan ku tak mahu pergi

Alangkah indahnya dunia
Bila kita semua tak akan membesar
Alangkah indahnya dunia
Bila kita semua akan bersama selamanya

Tak lupa pelbagai peristiwa
Waktu pergi mengaji
Ponteng kau dan aku macam tak biasa
Hoo..oo..

Alangkah indahnya dunia
Bila kita semua tak akan membesar
Alangkah indahnya dunia
Bila kita semua akan bersama selamanya
 __________________________________________________________

Detik pertemuan kita di sebuah Raflesia,
Aku berbeza kerana kamu semua sama,
Sepatu di kaki kamu tapi aku???
Aku pakai sandal sahaja hari tu :)

Ingatkah foto bersama kita kali pertama?
Jarak antara kita masih terwujud,
Kamu dengan kamu,
Aku dengan aku.

Cubalah bandingkan yang sekarang punya.

5 tahun kita bersama,
Cumanya kita tidak bercinta, 
Tapi tahniah buat kamu yang berjaya bertemu belahan jiwa,
Ke alam rumah tangga dan juga ke syurga cinta kamu berdua. InsyaAllah.

5 tahun juga kita bersama,
Kekadang merasa dan terasa,
Kerana jiwa kita hampir serupa,
Diperbuat daripada konkrit luarnya namun isinya seperti buah mangga,
Lembut bila masaknya; Mudah terasa.
(cubalah jatuhkan kalau tidak percaya)

Maaf ku pinta kerana sure-sure ada terkasar bahasa mencalar jiwa, 
 Menyalakan bara kerana belakang cerita bertalam dua muka,
Berpolitik sesama kita demi kepentingan bersama kononnya,
Jika kamu rasa semuanya dusta, tukarkanlah ia kepada dusta yang tidak disengaja.
Demi persaudaraan kita.

"Sedangkan lidah lagi tergigit"
kamu ibarat lidah ku dan aku ibarat gigi kamu
(itu pun kalau kamu sudi)

Sungguh aku tidak reti mengaplikasi gaya-gaya bahasa yang aku pelajari dalam sastera, menggambarkan perasaan jiwa dalam kata-kata, jauh sekali dengan fizikal dan kudrat yang ku ada. Namun jika membelah dada tidak menyakitkan, aku izinkan kamu semua kelar-kelar dada sehingga hati ku terdedah dan kamu dapat lihat betapa kamu semua, ya..kamu semua..sentiasa di hati ku.

'ponteng kau dan aku macam tak biasa (2011)'
"ponteng kau dan aku macam tak biasa (2010)'
P/S: selamat ulang tahun kawan-kawan, "biar kadang-kadang makan dalam tapi jangan sesekali makan kawan" :)
I LOVE YOU ALL. Thank You.

1 comment: