-Karma aku tiba juga malam ini-aku ndak dapat pulang.aku gerammmmm
"Perkongsian itu amat penting" (menurut kawan aku) dan entry tu lebih berkisarkan perkongsian antara anak dan ibu bapa. Jika ingin ditambah, boleh juga berkongsi dengan sesiapa sahaja asalkan percaya itu ada. Contohnya berkongsi dengan adik beradik, saudara mara yang terdekat, rakan-rakan, teman istimewa dan paling up; kaunselor bertauliah dan paling cikai pun bolehlah juga kongsi dengan aku. Percaya tidak dengan aku??? :)
Cakap pasal kongsi, aku ingat mak ku selalu cakap dengan kami beradik.
Ni cerita pasal kongsi bendalah tapi. Macam makanankah apakah dan selalunya memang pasal makananlah. Supaya semua merasa rezeki dari Tuhan. Benda yang banyak dibahagi-bahagi supaya semua dapat sama sikit dan benda yang sikit dibahagi-bahagi supaya semua dapat sama banyak. Begitulah."Banyak sama sikit, sikit sama banyak"
Bab kongsi masalah pula. Kongsi kegembiraan rasanya tidak perlu cerita panjanglah. Sebabnya dan keselaluannya lah kan, benda menggembirakan ni kalau boleh satu dunia mahu dibagi tau.
"Ayam bertelur sebiji, riuh sekampung" (ngamka ni dengan tajuk)Aku sokong apa yang telah ditulis oleh kawan aku tu. Baik berkongsi masalah dengan ibu atau bapa. Sebabnya,
1- Mereka lagi dulu tahu rasa garam tu macam mana.
2- Mereka gedung pengalaman.
3- Mereka orang yang paling rapat dengan diri kita.
4- Kebolehpercayaan yang tinggi.
5- Dan terang-terang mereka itu ibu dan bapa kita.(ibu/bapa tiri?)
6- Kau nyatakan........
Tapi manusia ni hanya sama atas dasar nama manusia sahaja. Cara menjalani dan menangani hidup/masalah/whatever tu masing-masing. Macam akulah, aku kalau ada masalah aku selalu kongsi dengan hati aku. Bila hati aku membatu, baru aku cari siapa-siapa yang perlu. Semua sedar jugak kan, masalah kalau tanggung sendiri-sendiri akan rasa sangat membebankan. Berkongsilah walau pun hanya dengan cara bercerita sepatah dua. Sekurang-kurangnya perasaan tu boleh rasa lega. Sikit pun jadilah. Daripada jadi gila.
Jangan lupa, memohon dan mengadu pada Tuhan, InsyaAllah. Langsai.
'Encik' tadi ada cakap, rahsia kalau kongsi dengan kawan boleh tapi risikonya bila kawan sudah tidak berkawan/bermusuhan, kemungkinan rahsia yang dulunya kita cerita tu akan tersebar. Pengajarannya, kalau rasa masalah atau pekara tu terlalu sensitif dan peribadi, lebih baiklah jika dicerita/kongsikan dengan orang yang betul-betul kita percaya contohnya, ibu bapa. Itu pun masih lagi berpegang kepada konsep percaya ya. Kalau tidak percaya lebih baik tak payah. Tapi derita dan bahagia sendiri-sendirilah kau rasa.
It's always more fun
To share with everyone
To share with everyone
If you have two
Give one to your friend
If you have three
Give one to your friend and me
If you've got one
Here is something you can learn
You can still share
Just by taking turns
If you've got a ball
Bounce it to the gang
If there is a new kid
Invite him out to hang
If you've got one sandwich
Cut that thing in half
If you know a secret joke
Tell it and share a laugh
If you've got two drumsticks
Give one to your friend
Make one beautiful rhythm
Share a beat that never ends
And if you're feeling lonely
Share time with your mom
Share some milk and cookies
And sing the sharing song
It's always more fun
To share with everyone
It's always more fun
To share with everyone
Sharing Song-Jack Johnson
--Aku ada berita gembira, dan aku sedia mau kongsi cerita. Siapa sudi dengar aku bercerita??--
--Aku ada masalah. Aku pernah diluka. Siapa ada ubat penyembuh cinta??.--
Dulu aku pernah kongsi,
Tapi orang salah anggap,
Orang fikir aku langsi..mencari publisiti,
Akhir sekali, aku mati.
p/s: bukan bermakna aku tidak berkongsi, aku tidak percaya tapi belum cukup bersedia dan hati masih mampu tanggung derita.
bole di like ka ni? (:
ReplyDelete