Monday, November 7, 2011

EXAM TIBA SUDAH



"Exam ndak lama lagi! .....arghhh..blom ulang kaji lagi..Adoi.."

Haaaa...biasalah ba tu kan kalau suda dekat-dekat mau exam ni. Menggeluh terus tapi belajarnya ndak juga start2. :))

Pada ketika aku taip post ni, aku baru abis ulang kaji. Tapi sebenarnya ndak habis lagi ulang kaji tu. Ada beberapa bab lagi belum cover. Nanti abis ni baru sambung balik. itu pun kalau ndak mengantuklah (dekat2 tengahari suda ni).

Perkara suluhan yang sebenarnya aku mau tulis kali ini ialah berkaitan dengan tabiat-tabiat atau perkara-perkara comman yang selalu dilakukan oleh pelajar (di sini) ketika menghadapi minggu-minggu exam. Termasuk aku sekali sebab aku pun pelajar jugak. Lainlah kalau aku ni lecturer kan. :) 

Perkara yang bakal aku nyatakan ini adalah hasil daripada pengalaman dan apa yang aku dapat perhatikan selama keberadaan aku di asrama ni (hampir 5 tahun lebih). Jadi, mari kita mula....

1. Makan Mangga
Orang tua2 ada pesan, cikgu2 dulu pun ada pesan jugak, kawan2 pun ada pesan jugak,.. jangan makan benda masam kalau mau exam, nanti otak kecut, daya ingatan rendah. Kalau susah mau ingat apa yang dibaca dan dibelajar, tentulah jawab soalan exam pun susah.
Tapi situasi di sini, tambah mau dekat exam, di situ jugak la mau makan mangga or benda2 masam. Macam 2 hari lepas, time cuti Raya Korban, di rumah aku makan berbiji2 mangga dengan orang rumah aku. Ndak puas-puas, menambah terus. Lepas tu, sampai asrama, roommate lagi bawa sebakul mangga dari kampung dia. Alahai....ni la namanya rezeki tidak mengira masa dan tempat. Ndak tau bila mau dibantai tu mangga. Esok exam sudah. emmmm..

2. Menonton Movie
Arr.. ni lagi satu hal, ulang kaji ni kadang-kadang buat rasa bosan jugak. Jadi untuk hiburkan hati, tengok muvi la. Ada yang kusyuk duduk ngadap laptop dan ada juga yang baring atas katil sambil laptop tepi katil. Macam-macam gaya tengok muvi yang boleh disaksikan pada masa ini. 
Ada yang nekad sampai round bilik ke bilik untuk cari muvi. Bukan setakat bilik, asrama ke asrama pun sanggup jugak (tapi guna telefonlah) :))

3. Kemas Bilik
Kalau aku mau belajar, aku suka kemas meja belajar. Kalau boleh meja tu biar kosong. Yang ada hanya buku dan benda-benda yang aku mau guna jak time tu. Ada masa jugak kalau aku kurang selesa lagi, aku ubah kedudukan meja. Kemas dan ubah-mengubah ni pun ambil masa jugak. Last-last belajar sekejap ja. Yang lebih, mengemas dan tidur sebab penat mengemas. :))
Macam kejadian pagi ni lah, roommate pun bangun-bangun p mandi pastu kemas bilik jugak, lagi lama dari aku lah dia mengemas. Bukan setakat meja, lantai dan almari baju pun dia kemas jugak. Ending dia, tuuuu...  tersadai sudah dia di atas katil yang empuk itu... hihihi.
Bukan sekadar kami berdua roommate ja begitu, jiran-jiran yang lain pun begitu juga. Mengemas atas dasar keselesaan untuk mengulang kaji dan ada kes yang paling berat, mengemas sebab buku or nota ndak tau di mana suda. Jadi mengemas untuk mencari nota la tu. hahahah. Almaklumlah...abis semester baru exam kan.

4. Makan Beramai-Ramai
Memandangkan minggu exam, siapa yang terlibat dengan exam ja yang akan turun ke dewan peperiksaan. Yang lain yang belum terlibat akan bertungkus-lumus dan berhabis-habisan ulang kaji di bilik asrama. Jadi, kalau mau makan ikut rajinlah. Siapa yang rajin turun p kantin beli makanan jak yang makan. Tapi pelajar asrama ni sebenarnya berinisiatif. Senang cerita rendam ja mee segera, ndak pun masak nasi lauk makanan dalam tin. Tabiat yang selalu dilakukan semasa makan ni adalah makan berjemaah. Panggil kawan dari bilik ke bilik. Makan dalam satu bilik. Makan sambil bual, sambil kongsi ilmu......tapi biasalah kalau suda berkumpul ramai-ramai, benda ringan macam kapas pun boleh jadi cerita berat yang paaaaaaaaaaaaaaaaaanjang. Cerita berangkai berkait-kait lagi. Jadi di sini, situasinya hampir sama jugak dengan kemas bilik tu. Memakan masa yang panjang dan mengurangkan masa untuk study
Kenyang = ngantuk = tiduzZZZ.

5. Main Game
Kalau yang ini ni aku kurang sikit. Tapi kalau kawan aku yang satu orang tu, memang suka dengan game. Apa lagi kalau jenis game cari-cari. Handalan dia tu.

6. Menyanyi-Nyanyi
Ni akibat dari bosan belajar jugakla ni. Mula-mula dengar-dengar lagu jak pakai earphone sebab takut kawan sebelah yang belajar terganggu pulak. Tapi macam-macam boleh jadi...tenyanyi la pulak. Tapi masi boleh kawal lagi volume tu lah. Tapi ni aku mau cerita kisah jiran sebelah jendela aku ni (blok sebelah), mungkin dia tinggal dalam bilik tu sendiri, ndak da rumet. Dia nyanyi macam karoke ...hihi.. tapi muzik ndak dengarlah, suara dia jak kuat. Mau tau dia nyanyi lagu apa??? Lagu Stacy..jangan kau main. Kisah Dongeng lagi ba. Paling handalan dia part chorus...hahaha..sebab part itu jak yang aku dengar dia nyanyi..yang lain2 sunyi... :)) "CINTAI AKU... DENGAN SEADANYA....>>>>>>"

7. Tidur
Tidur ni biasalah, penat ba mata mengadap huruf jak. Tapi hati-hati kalau tidur waktu asar. Ada nanti bangun terkejut sebab sangkanya dia terlambat suda p dewan peperiksaan. Kenak-kenak lagi rumetnya p tandas, xda di bilik. Bertambah menjadi-jadilah perasaan 'gilanya' tu. (aku penah rasa ni)

8. Risau
Risau boleh terjadi dalam beberapa situasi;--belum belajar sebab esok mau exam --lalu depan bilik kawan dan tertengok dia tengah kusyuk belajar --kawan keluar dari bilik setelah lama pintu bilik tertutup dan keluar sambil tersenyum --tanya kawan sampai bab berapa suda cover baca dan kau pun menjawab.. "uiiii..jauhnya suda..aku baru abis bab 2"  hahahah.
Semasa kita dalam belenggu kerisauan ni, macam-macam boleh dirasa dan dilakukan,
contohnya;
--- JELES????DENGKI????IRI HATI???BUSUK HATI??? .tiadala ba tu kan... :))
---"ui...tadi aku lalu bilik dorang c CT, struggle nya dorang membaca"
---"mungkin c CT struggle ni belajar semalam, belum bukak-bukak lagi pintu biliknya tu"
---(time OTW p dewan exam).."kamu tu ok la, suda baca..aku ni xda pun baca tu, baca sikit-sikit ja" .."eh, apa tadi kau sebut tu...dakda pulak aku baca tu ba..eeee..yang mana tu...adoi....belum lagi aku abis baca ni...matilah"...
(dan lain2 lagi)

9. Menulis Nota
Part ni la tahap yang paling dewa sekali. Kenapa? sebab..Dalam masa satu hari satu malam jak, seorang pelajar tu berjaya menghasilkan beberapa keping ringkasan untuk satu buah buku beratus2 muka surat. Maksudnya pembelajaran selama satu semester tu dapat dia cover dalam masa yang bergitu singkat. Hebat. Hoyeeeee.
Kalau exam ni, macam2 bentuk nota boleh kita lihat. Ada yang kertas bahagi 3, bahagi 2, bahagi kecil2 dan macam-macam lagi. Tapi manfaatnya sangat besar dan berguna kepada diri dia dan juga rakan-rakan. (boleh pinjam nota kau jap, mo fotostat ba) hihihihii

10. Histeria
hahaha...ni bukan histeria betul2..main2 jak.

Mungkin banyak lagi perkata2 biasa semasa menghadapi detik-detik exam. contohnya, outing, gayut ngan tersayang, chatting, facebook-ing, blog-ing , vlog-ing dan macam-macam lagi. Nanti kamu la yang nyatakan k. 

Apa-apa pun, selamat menghadapi peperiksaan akhir buat semua. Semoga Allah memberkati ilmu kita, melapangkan dada kita, menguatkan daya ingatan kita, serta memberikan kesihatan tubuh badan yang baik untuk kita menghadapi peperiksaan nanti. Amin.

Selamat Hari Raya Aidiladha :))

No comments:

Post a Comment