Friday, October 28, 2011

Tak Faham Aku. Bagi Faham Dulu Tolong....

Huhu..ada suatu hari tu aku dengan 3 orang rakan yang lain outing sebab ada urusan dengan sekolah. Siap urusan semua kami pergi ke destinasi yang boleh memenuhi keperluan psikologi kami yang utama iaitu makan :) Sambil-sambil tu ada juga dalam fikiran mau belanja barang-barang sikit. Jadi lokasi yang bersesuaian ialah Eastern Plaza (EP) yang full package , semua ada di situ. 

Semasa tiba di perkarangan EP tu, cari-cari la tempat letak kereta di bawah-bawah sebab mau parking atas tak berani, hand break ada problem, takut tengah naik bukit tu terberenti susah..ni pemandu baru lulus lesen P :) Dipendekkan cerita, time kami lalu belakang bangunan tu, kebetulan ada sebuah kereta tu mundur keluar dari parking lot dia. Punyalah bersyukur time tu sebab dapat parking. Tanpa membuang banyak masa, kami pun parking lah di situ. Gembira. Senang hati.

Naik tingkat 1 or 2 kalau tak silap, pergi Servey Jaya beli barang dan seterusnya Sabah Spoon untuk makan tengahari. Kenyang.
Lepas makan, kami semua pulang. Ada sekeping kertas sedang melambai-lambai kerana di tiup angin petang yang damai ketika itu. Di selitkan di wiper kereta. Kertas Saman!!! Aku yang tiada pengalaman kena saman ni  buat-buat okay, tak ada apa-apa jak sebab dalam tu dia tulis notis pemberitahuan jak. Tak sangka pulak tu lah saman. Adoi....duit-duit.

Dipendekkan cerita lagi, aku pun turunlah ke bandar sekali lagi pada keesokan harinya untuk membayar saman tersebut. Sungguh pantas aku bertindak sebab dengar-dengar orang cakap, kalau bayar awal boleh dapat murah dan sebaliknya. Tapi awal macam mana pun tetap juga harga dia sama. RM100 untuk kesalahan no.2.
Atas dasar persahabatan dan kekitaan kami yang naik kereta yang sama hari tu, maka jumlah saman tu dibahagikan 4 tapi atas dasar kemanusiaan juga, memandangkan aku yang pandu dan aku yang sedap-sedap masuk tempat parking yang bukan parking tu jadi bahgian aku lebih sikitlah. Tak apa. Aku rela. chewahhh.

Selepas aku kena saman hari tu, aku lebih berhati-hati semasa memandu dan apa sahaja yang berkaitan pemanduan. Takut pisang berbuah dua kali. 

Tapi malang tidak berbau, sekali lagi (baru-baru ni jugak) aku kena saman atas kesalahan no.2 ni jugak. Adoiiii...malang-malang. Cukup sudah aku berhati-hati. Lepas kejadian saman pertama aku, semua aku jaga, sampai ada satu masa tu aku dan kawan sewa kereta tapi kereta tu tiada sticker P, aku sanggup beli sendiri dan tampal pada masa tu jugak. Tapi takdir tetap takdir. Elaklah macam mana pun tetap akan terjadi. Lambat dan cepat jak bezanya tu. huhu.

Kejadian saman kedua aku ni berlaku di area pasar besar Tawau. Tempat parking tu tempat biasa aku parking jugak kalau pergi pasar. Tapi hari tu baru aku tau yang tu bukan tempat parking. Chioolllll!!! Time tu aku jadi panas kenak lagi aku baru balik dari klinik, cabut gigi. Terasa gigi aku sakit betul time tu gara-gara kertas sekeping tu. Argggghhh!

Aku tanpa buang masa terus ke mesin ATM di Servey bagi keluar RM100. Then pergi balai polis untuk bayar terus supaya tak banyak fikir nanti. Sampai jak aku di sana (balai polis) kakak cantik yang jaga meja pembayaran tu cakap
"tutup suda dik, hari isninlah baru bayar".
Aku tengokla jam, baru pukul 4 lebih-lebih pun. "awalnya"
"hari jumaat kami tutup pukul 2 petang" 
Aku tanya lagi, "xbleka kak kalau bayar sejak sekarang?"
kakak cantik tu cakap, "ndak boleh ba dik sebab duit semua suda antar bank"

Aku pura-pura senyum dan dengan ramah aku cakap terima kasih dan terus beredar.

APA YANG AKU TAK FAHAM IALAH:

-Kenapa awal benar dorang tutup? Hari jumaat tutup jam 2 ka memang? selama ni memang begitu ka?

-Saman pertama yang aku bayar adalah tertulis dan direkod atas nama aku. Bukan ikut siapa pemilik kereta.Ini menyebabkan jumlah saman aku buat masa ini ialah 1.

-Saman kedua, aku mengelak supaya rekod jumlah saman aku jadi 2 saman, aku minta tolong orang yang suda ada lesen penuh dan bukan P seperti aku untuk bayarkan saman aku. Aku buat begini supaya aku tidak dimerit. Tapi selepas menerima resit pembayaran saman ke-2 tu, nama yang tercatat di situ adalah nama pemilik kereta iaitu kakak aku. Beza dengan resit saman aku yang pertama. Macam mana tu??? huuuuuu

- Kenapa rekod nama saman tu berbeza? Mana yang patut: nama saman ikut pemilik kereta atau orang yang pergi bayar saman tu? Aku tanya begitu sebab timbul perasaan serba salah dan tidak puas hati dalam masa yang sama.

Serba salah:
Saman ke-2 tu adalah kesalahan aku, bukan kakak aku. Aku pinjam kereta dia dan dalam masa aku pinjam tu lah aku kena saman. Tapi saman tu atas nama dia pulak. Kesian dia. Tak salah tapi dia yang kena.

Tidak puas hati:
Saman pertama tu pulak, aku yang driving, kereta pulak kereta orang lain (tak tau atas nama siapa) tapi saman atas nama aku.(yala.aku salah,aku yg kena tapi kalau banding dengan saman ke-2 tu, memang aku xpuas hati)

_______________________________________________________________________
Aku bukan apalah kan...
cuma kekeliruan sebegini buatkan aku punya rasa timbang rasa, hormat dan positif aku ditenggelami dengan perasaan sakit hati,meluat dan negatif terhadap satu-satu pihak tu. Aku mula mencabar kreadibiliti dorang ni. huuuu...sakittttttt. Geram aku kalau tengok dorang-dorang di mana-mana.

Dan satu lagi, sejak beberapa menjak ni, rajin plak Polis Trafik menyaman orang. Rajin betul dorang ni. Tidak sia-sia dibayar gaji. Tapi adakah ini merupakan kesan daripada kenaikan gaji dan bantuan kewangan 'rakyat diutamakan' di dalam budget 2012 hari tu????

Lagi satu, aku tengok resit saman Tawau dengan Kunak tak sama. Tawau punya resit macam resit beli barang di supermarket, tipis, kecil dan lemah longlai. :) berbanding dengan Kunak, tough.

Mana-mana lah kan.

Sedia Berkhidmat

Polis sedia berkhidmat
Kerana negara dan rakyat
Hidup berbahagia aman sentosa
Polis sedia berkhidmat

Polis sedia berkhidmat
Kerana negara dan rakyat
Hidup berbahagia aman sentosa
Polis sedia berkhidmat
Tanda lekat di lengan
Polis dengan pereman
Tangan bersalaman
Alamat persahabatan
Budak-budak pergi sekolah
Yang tua berjalan ke kedai
Polis pimpin menyeberang jalan
Semuanya selamat sampai
Waktu kita bekerja
Rumah tinggal dijaga
Itulah tandanya
Polis sedia berkhidmat
Bila kebakaran berlaku
Jiran tiada di situ
Polis berlari tolong bantu
Anak tidur selamat tentu

P/S hati-hati memandu, sayangi duit belanja anda. :)

1 comment:

  1. kashian anje.... sabar jak la... pa2 hal, buat aduan pelanggan ya.. (^_^)

    ReplyDelete