♥Dup Dap Dup Dap♥
Tiga orang perempuan sedang duduk menikmati makanan di sebuah gerai di
kawasan yang menghimpunkan deretan pelbagai gerai makanan. Seorang daripada
mereka hanya mengacau-ngacau makanan yang telah dipilihnya sebentar tadi. Hatinya
berdebar-debar sehingga hilang selera makannya.
“Sya, kenapa tak makan?”
Em..aku kenyanglah Yin . Tak rasa macam mau makan plak.
Sya, berusia 20 tahun dan menuntut di Institut Pengajian Tinggi Awam
(IPTA) dan tinggal di asrama. Perempuan yang kurang ciri keperempuanannya
kerana membesar dengan seorang abang dan seorang kakak yang turut terpengaruh
dengan cara dan pembawaan abang sulungnya. Di tambah lagi dengan gaya hidup yang lasak
sejak dari kecil.
♥♥♥ ♥♥♥
Selesai makan. Mereka menyambung aktiviti membeli-belah sebelum pulang semula ke asrama. Namun Sya masih tidak habis gelisahnya. Telefon di tangan di
belek-belek padahal tiada sebarang panggilan atau pesanan ringkas yang masuk. Yin dan seorang lagi rakannya, Lina hanya
memerhati Sya kehairanan namun tidak mempersoalkan apa-apa.
Setelah berkali-kali Sya memeriksa telefonnya, dia akhirnya menyimpan
sahaja telefonnya di dalam poket seluar sebagai tanda tiada lagi pengharapan
terhadap panggilan atau pesanan. Dia menuruti rakannya masuk ke kedai menjual
perhiasan wanita. Sedang khusyuk dia dan rakannya memilih barang, dia terdengar
namanya dipanggil-panggil berulang kali. Pada mulanya dia buat tidak tahu
sahaja tetapi setelah rakannya turut perasan dengan panggilan itu, mereka
memerhati sekeliling untuk mencari punca suara tersebut. Akhirnya Lina dapat mengesan
siapa yang memanggil nama Sya tadi.
Seorang lelaki sebaya mereka sedang berdiri di balik pintu masuk kedai.
Berpakaian seperti seorang pelajar sekolah menengah yang baru balik dari kelas
tambahan. Mengenakan baju-T berkolar, berkasut tali serta beg simpang di badan.
Pada ketika itu juga debaran hati Sya tiba-tiba berdegup pantas. Sepantas
larian wakil atlet pecut 100 meter negara. Dia cuba berlagak tenang apabila
Lina dan Yin melihat dia dengan pandangan penuh tanda tanya.
Diakah orangnya? Sya bertanya di dalam hati.
♥♥♥ ♥♥♥
No comments:
Post a Comment