12AM-5.05AM, 9.OGOS.2014
Aku degil dengan kehendak ku. Dia tetap tegas dengan
pendiriannya. Dia lebih tahu semuanya kerana pengalaman telah mengajarnya.
Baginya, kalau aku tetap tekad dengan kehendak ku yang satu itu, aku akan
mewarisi pengalamannya. Entah, mungkin pahitnya lebih terasa berbanding dengan kemanisannya.
Kata-kata dengan nada tinggi mengguris hatinya. Malah semua
orang tidak sangka aku telah melakukannya. Aku tidak mahu berkata apa-apa
selain menegakkan kedegilanku. Semua orang di sekeliling ku menjadi mangsa. Melihat
keteganggan muka dan mendengar ayat yang berbisa.
Akhirnya, apa yang aku dapat??
Pengajaran. Pengajaran bahawa aku masih lagi diberi peluang
untuk berfikir baik buruk tindakan ku nanti kerana ini semua sekadar mimpi.
Apa pun keputusan ku nanti, harap dia merestui. Amin.
Mimpi, huuhh tapi rasa macam betul-betul terjadi. Maafkan
semua-semuanya yang telah aku lakukan di dalam mimpi ku. Maaf dari hujung
rambut hingga ke hujung kaki. Niat derhaka jauh sekali.
No comments:
Post a Comment