Friday, December 18, 2015

Definitely, Maybe


Menurut fakta yang diberikan oleh Maya, anak kepada William Hayers, 35 orang setiap tahun akan terjun daripada Jambatan Brooklyn kerana patah hati.

‘BROOKLYN’

Pada zaman-zaman maktab dulu (2006-2011), aplikasi Yahoo Massanger (YM) sangat popular selain daripada Skype yang mana kebanyakan kawan-kawan lagi suka menggunakan Skype kerana kepantasan capaian onlinenya lagi laju berbanding YM. Tapi aku lagi suka YM sebab Skype terlalu terbuka.

Melalui YM aku kenal seorang lelaki.. Jas Muh. Kenal dalam chatroom YM. Aku kongsi berkenalan dengan dia bersama seorang kawan kaki YM juga, Salina. (jangan marah ar Sal dimention namamu.hehe)

Ada satu masa tu, kami videochat..tapi rasanya video dia jak bole buka, kami dia xdpt nampak. Kami nampak dia. Woowwww...boleh tahan kacak jugak dia tu.hehe.. Gatal! So, biasalah kalau bechatkan. Soalan comman yang mesti ditanya..tinggal mana? Buat apa? Bla bla bla.. jadi, benda yang paling aku ingat pasal lelaki Jas Muh ni adalah BROOKLYN. Dia bagitau dia berada di Brooklyn. Macam betulkan. Manalah kami percaya. Itu pasalla dia tunjuk video. Siap berlatar belakangkan poster Kung Fu Panda lagi. Tersangatla Brooklyn ! ! !....hehehe.

BEGIN JUNE 6??? befday aku...hihihi

Lama-lama kenal, tau la suda asal usul dia rupanya orang kampung sebelah jak..sana Lahad Datu. Payah benar sebut Brooklyn Brooklyn.

Kenapa tiba-tiba tulis pasal dia ni bukan apa. Tadi tengok Channel Diva cerita Definitely, Maybe.. tetiba anak si Will tu cakap Brooklyn, terus teringat dengan si Jas Muh ni. Teringat gitu-gitu jakla..xda maksud lain pun. Ibaratnya kalau Brooklyn-Jas Muh. Jas Muh-Brooklyn.

Sekarang Jas Muh pun sudah berkahwin dan dengar-dengar bini dia tengah tunggu masa untuk bersalin jak. Happy for him.. Semoga bini dia selamat melahirkan junior dorang. Dua-dua selamat. Selamat melahirkan dan selamat dilahirkan. P/S Baby, kalau keluar dari perut mama’ baik-baik ya. Kurangkan kesakitan mama’. Jadi anak yang soleh solehah.

P/S:
Kepada Jas Muh dan AA (bini dia).
Maaflah sebab jadikan bahan cerita.
:))

Ini semua kisah silam.
Kisah silam yang menjadi salah satu perencah rasa kehidupan.

Kita hanya kenal di alam maya.
Kalau murah rezeki, umur panjang, ada jodoh,
Kita jumpa di alam yang fana ini.
:))


Friday, October 10, 2014

A Day Trip: Mantabuan Island | Sibuan Island With LOVE.

Assalamualaikum.

Kali ni mau crita pasal cuti Hari Malaysia hampir 3 minggu yang lalu.

16. September. 2014 penuh dengan kenangan indah.

Cuti bersama kawan2 ke Pulau Mantabuan seterusnya Pulau Sibuan, Semporna. Di Sabah sudah tentu.

Sabah Tanah Airku,
Negeri kita yang tercinta,
Pemuda pemudi semua marilah,
Bangunlah bersatu semua.

Semua ni peserta kecuali uncle baju ijau.
[Dari kiri: Zu, aku, Fera, Haja, Rika, Rita, Usup, Cam, Oya, Rashid dan Nuak]
Aku xingat suda jam brapa bertolak dari Tawau ari tu, emmm...dlm jam 9 kali. Kali la ya. Sampai2 Semporna trus p SDC Lodges, bayar2, pilih2 alatan snorkeling dan begambar2 ckit. Lupa plak acara berdoa. Bahaya betul. Selepas semua selesai, bermulalah berjalanan ke pulau.

Acara pilih2 fin atau kaki itik dorang cakap :))

Baru gerak. Tenang dulu sementara air laut masih hijau.
Otw mo sampai pulau pertama, Pulau Mantabuan, terserempak dengan penyu. Tapi tengok dari bot jakla. Semakin mo di dekat, semakin menjauh dia. Biasala ba kan. Pemalu katanyer... hehehe

Air berubah warna suda...Subahanallah. Cantikkan? Ni lah Pulau Mantabuan dan kelibat penyu.
Sampai Pulau Mantabuan, kami di bagi tutorial dan amali snorkeling dlu. Suda pakar ckit bru p port snorkeling yang pertama. Area2 Mantabuan jugak. Dia punya batu karang punyalah cantik. Berwarna-warni (xda gambar. Masuk air kamera.haha). Ikan-ikan pun ble tahanla. Tapi ndak lawan juga ikan di Pulau Sibuan. Paling menang!

Latihan-latihan dlu sebelum bergelar PRO.


Ada jugak hasil c Rashid ndak turun ke laut. Kenangan bersama Buntal.


Kalau diikutkan, memang xpuas snorkeling. Macam datang pulau semata2 mau snorkeling. Ada yang niat cari Nemo, macam c Zu. Ndak berenti snorkeling selagi xjumpa tu Nemo. Jumpa ka Zu?? Ada pengumpul tapak sulaiman, mcm c Fera. Ada yang tidur di bot, Usup. Duduk di bot sebab xda bawak seluar, c Rashid.hehe. Ada yang berenang-renang mcm c Nuak sbb dia jak paling campin berenang. Ada yang round2 pulau. Ambik gambar untuk cover album.hehehe..Macam2la. Semuanya best bila di pulau.

Letih plak becerita ni. Tengok gambar jak la ya. Ada soalan, ble angkat tangan, tanya.heheh

Syukur selamat sampai. Ustaz Rashid baca doa selamat


Baring pun boleh. No hal.




Serius gilakkkkkk

kimchiiii.....klik klik

[Pulau Mantabuan]
Rika, berfoto dlu ba...

Bersama abang2 askar jaga pulau.

Upacara perasmian air laut.




Makan tengahari di Pulau Mantabuan. Selepas ni sambung snorkeling lagi. Tapi ada yang mo menandas. hehehe


[Pulau Sibuan]
Lubuk ikan terbaik bagi aku berbanding di Mantabuan. Ada harapan jumpa Nemo ni Zu.hehehe

Ba, sebelum ada mamak bapak yang risau anak2 dorang xpulang2 dari pulau, marila kita berinut. Sebelum pulang, singgah sekejap di Pulau Maiga. Mambali air kelapa. Begambal2 jugak sama otok2 sana. Pacik bot sempat lagi nyanyi lagu untuk kami. Memang spotingla dorg semua.

"Living on the jet plane" versi pulau.

Mana c Rika???

Ni jakla gambar2 yang ada dlm simpanan. Ada yg ambik dri kwan2. Ada gambar di Maiga tu..yang atas bot. ndak jumpa plak d mana.

Gambar di Sibuan ada lagi dengan pacik Cam. Nanti di mintak baru di edit ni post kelak. K.

Terima kasih kepada semua kawan2 yang sudi bercuti bersama, luangkan masa bersama, basah bersama, kering bersama dan kulit gelap bersama. Hehehehe

Ba, Gelang si paku gelang.
      Pulang marilah pulang.

Cuti akan datang, nanti di plan mo buat apa dan p mana. Roger n Out!


Sunday, September 7, 2014

Cuti Bakal Datang Lagi

ya be da be duuuuu...


Kurang 5 hari lagi cuti.

xsabarnya la ba.

Xsabar mo balik rumah, jumpa keluarga. Jumpa c Qila...ya ampun..rindu.

Pastu xsabar mo p jalan2 dgn kawan2..p pulau plak tu. ba ba ba..sabar . ckit hari lagi. :))

XOXO

Saturday, August 9, 2014

#1 Sayang Tiada Sudahnya

Dup Dap Dup Dap

Tiga orang perempuan sedang duduk menikmati makanan di sebuah gerai di kawasan yang menghimpunkan deretan pelbagai gerai makanan. Seorang daripada mereka hanya mengacau-ngacau makanan yang telah dipilihnya sebentar tadi. Hatinya berdebar-debar sehingga hilang selera makannya.

“Sya, kenapa tak makan?”

Em..aku kenyanglah Yin . Tak rasa macam mau makan plak.

Sya, berusia 20 tahun dan menuntut di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan tinggal di asrama. Perempuan yang kurang ciri keperempuanannya kerana membesar dengan seorang abang dan seorang kakak yang turut terpengaruh dengan cara dan pembawaan abang sulungnya. Di tambah lagi dengan gaya hidup yang lasak sejak dari kecil.

♥♥♥♥♥♥

Selesai makan. Mereka menyambung aktiviti membeli-belah sebelum pulang semula ke asrama. Namun Sya masih tidak habis gelisahnya. Telefon di tangan di belek-belek padahal tiada sebarang panggilan atau pesanan ringkas yang masuk.  Yin dan seorang lagi rakannya, Lina hanya memerhati Sya kehairanan namun tidak mempersoalkan apa-apa.

Setelah berkali-kali Sya memeriksa telefonnya, dia akhirnya menyimpan sahaja telefonnya di dalam poket seluar sebagai tanda tiada lagi pengharapan terhadap panggilan atau pesanan. Dia menuruti rakannya masuk ke kedai menjual perhiasan wanita. Sedang khusyuk dia dan rakannya memilih barang, dia terdengar namanya dipanggil-panggil berulang kali. Pada mulanya dia buat tidak tahu sahaja tetapi setelah rakannya turut perasan dengan panggilan itu, mereka memerhati sekeliling untuk mencari punca suara tersebut. Akhirnya Lina dapat mengesan siapa yang memanggil nama Sya tadi.

Seorang lelaki sebaya mereka sedang berdiri di balik pintu masuk kedai. Berpakaian seperti seorang pelajar sekolah menengah yang baru balik dari kelas tambahan. Mengenakan baju-T berkolar, berkasut tali serta beg simpang di badan.

Pada ketika itu juga debaran hati Sya tiba-tiba berdegup pantas. Sepantas larian wakil atlet pecut 100 meter negara. Dia cuba berlagak tenang apabila Lina dan Yin melihat dia dengan pandangan penuh tanda tanya.

Diakah orangnya? Sya bertanya di dalam hati.
♥♥♥♥♥♥


Let the story begin...

Salam Ahad.

Ba, aku tgh cri idea mo buat cerita tapi..
ya ampun susahnya mo atur tu ayat.. berojak2 ba dlm kepala. xtau mo mula yg mana.

klu ikut yang dibelajar time skola2 dulu...sebelum menulis mesti ada plot cerita atau pun jalan cerita.
1st permulaan
2nd perkembangan
3rd perumitan
4th klimaks/ kemuncang
last peleraian/ ending

perkara yang perlu diambil kira jugak seperti watak perwatakan (yg paling penting. xda watak, xda crita) dan latar tempat/masa. tema dan persoalan pun penting.

em..tapi aq xtaula nanti aku punya crita tu masi ikut atau ndak benda2 semua di atas tu.

so, just wait n see k. aku tgh start dengan permulaan crita skarang ni..tapi stuck di bab memperkenalkan watak. sebab watak ni susah ckit mo cipta. syok sndri punya watak.hahah.

Ba.
ni antara proses menentukan latar masa cerita. hehehe

Friday, August 8, 2014

Memberontak dalam Mimpi


12AM-5.05AM, 9.OGOS.2014

Aku degil dengan kehendak ku. Dia tetap tegas dengan pendiriannya. Dia lebih tahu semuanya kerana pengalaman telah mengajarnya. Baginya, kalau aku tetap tekad dengan kehendak ku yang satu itu, aku akan mewarisi pengalamannya. Entah, mungkin pahitnya lebih terasa berbanding dengan kemanisannya.

Kata-kata dengan nada tinggi mengguris hatinya. Malah semua orang tidak sangka aku telah melakukannya. Aku tidak mahu berkata apa-apa selain menegakkan kedegilanku. Semua orang di sekeliling ku menjadi mangsa. Melihat keteganggan muka dan mendengar ayat yang berbisa.

Akhirnya, apa yang aku dapat??

Pengajaran. Pengajaran bahawa aku masih lagi diberi peluang untuk berfikir baik buruk tindakan ku nanti kerana ini semua sekadar mimpi.

Apa pun keputusan ku nanti, harap dia merestui. Amin.


Mimpi, huuhh tapi rasa macam betul-betul terjadi. Maafkan semua-semuanya yang telah aku lakukan di dalam mimpi ku. Maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Niat derhaka jauh sekali.

Thursday, June 5, 2014

::For Myself::Happy Birthday::

6.Jun.2014
26 Tahun

Ya Allah..Aku bersyukur atas nikmat nyawa yang Kau berikan. Semoga Kau mempermudahkan dan memakbulkan doa-doa orang yang aku sayangi. Amin.