Showing posts with label Ma story. Show all posts
Showing posts with label Ma story. Show all posts

Sunday, September 7, 2014

Cuti Bakal Datang Lagi

ya be da be duuuuu...


Kurang 5 hari lagi cuti.

xsabarnya la ba.

Xsabar mo balik rumah, jumpa keluarga. Jumpa c Qila...ya ampun..rindu.

Pastu xsabar mo p jalan2 dgn kawan2..p pulau plak tu. ba ba ba..sabar . ckit hari lagi. :))

XOXO

Saturday, August 9, 2014

Let the story begin...

Salam Ahad.

Ba, aku tgh cri idea mo buat cerita tapi..
ya ampun susahnya mo atur tu ayat.. berojak2 ba dlm kepala. xtau mo mula yg mana.

klu ikut yang dibelajar time skola2 dulu...sebelum menulis mesti ada plot cerita atau pun jalan cerita.
1st permulaan
2nd perkembangan
3rd perumitan
4th klimaks/ kemuncang
last peleraian/ ending

perkara yang perlu diambil kira jugak seperti watak perwatakan (yg paling penting. xda watak, xda crita) dan latar tempat/masa. tema dan persoalan pun penting.

em..tapi aq xtaula nanti aku punya crita tu masi ikut atau ndak benda2 semua di atas tu.

so, just wait n see k. aku tgh start dengan permulaan crita skarang ni..tapi stuck di bab memperkenalkan watak. sebab watak ni susah ckit mo cipta. syok sndri punya watak.hahah.

Ba.
ni antara proses menentukan latar masa cerita. hehehe

Friday, August 8, 2014

Memberontak dalam Mimpi


12AM-5.05AM, 9.OGOS.2014

Aku degil dengan kehendak ku. Dia tetap tegas dengan pendiriannya. Dia lebih tahu semuanya kerana pengalaman telah mengajarnya. Baginya, kalau aku tetap tekad dengan kehendak ku yang satu itu, aku akan mewarisi pengalamannya. Entah, mungkin pahitnya lebih terasa berbanding dengan kemanisannya.

Kata-kata dengan nada tinggi mengguris hatinya. Malah semua orang tidak sangka aku telah melakukannya. Aku tidak mahu berkata apa-apa selain menegakkan kedegilanku. Semua orang di sekeliling ku menjadi mangsa. Melihat keteganggan muka dan mendengar ayat yang berbisa.

Akhirnya, apa yang aku dapat??

Pengajaran. Pengajaran bahawa aku masih lagi diberi peluang untuk berfikir baik buruk tindakan ku nanti kerana ini semua sekadar mimpi.

Apa pun keputusan ku nanti, harap dia merestui. Amin.


Mimpi, huuhh tapi rasa macam betul-betul terjadi. Maafkan semua-semuanya yang telah aku lakukan di dalam mimpi ku. Maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Niat derhaka jauh sekali.

Friday, April 22, 2011

~GOOD FRIDAY~

wat is good friday actually?? read it by urself--->source . aq pena tgok muvi 'The Passion Of The Christ' jd ada gambaran ckitla. sapa mo tgok ble tgk d Utube skali tgok trus abis lagi. xpy klik2 byk kali.

apa yang aq suka pasal gud friday ni sudah semestinya CUTI!!!!. sapa yang xsuka cuti angkat tangan.. :p
kenak2 lagi friday, jadi cuti ujung minggu bertambahlah.sukeeeeesukeeee yak!

so, apa yang aq buat gud friday ni???

1. malam gud friday: tidur awal..zzZZZ
2. bagun awal pastu tidur balik..zzZZ
3. bgun2 jak sarapan siap..jom makan!
4. rehat2
5. tgok crita hantu dengan kluarga
6.petang menjelma....--> men2 d bawah rumah dengan diorang...
 
6.1: kacau c Azim men basikal
 
6.2: TAIKO!!
6.3: G ruma mak tinong ambik ubi kayu
 
6.4: pulang time
6.5: men badminton sampai azan magrib

gud friday aq xla brapa gud betul tp gud jgkla. gud dari hari2 sebelumnya. (^_*)

Wednesday, April 13, 2011

Aku dan bola sepak.



“Tipulah klu ada perempuan tu cakap dia minat bola! Saja mo tunjuk2 dengan budak laki, bf dia apa semua.”
Ar…aq pena dengar seorang minah ni ckp mcm tu. Dan klu aq tgok minah ni skrg, dia cakap xserupa bikin. Xtaula plak klu dia betul2 minat bola sebab dia minat dan bukan sebab mo jek2 kwn2 laki dia atau pun bf ataupun ex dia time dia masi couple dlu. Huhuhu..sungguh aq xtahu. Dia jak yg tau dgn Tuhan.

Aku minatka bola? 

Crita busuk orang cepat jak. Bau sendri xhidu pun. :P

Aq suka bola.aku minat bola. Semua pasal bola aq suka. Tapi suka dan minat aq tu biasa2 jak. Xdala macam peminat fanatik yg siap ingat sejarah penubuhan, kalah, menang, siapa jurulatih, pemain-pemain,…....team bola yg dorg minat. 

Crita mula2, muda2:

Waktu aq umur darjah2, xingat darjah brapa…kami adik bradik, sepupu2, jiran2 selalu men bola petang2 di tepi rumah si ela (cousin). Kan dlu tepi rumahnya tu luas, rumput lagi. Memang syurga budak2 yg suka men bola la. Petang-petang kami men situ walaupun kadang2 abah c ela marah sebab nanti kena pasu bunga. Tapi kadang2 jak kena marah, klu kami men hebat ala2 piala dunia n lawak senario dan dapat menghiburkan hati diorang yg memandang, xjgk kena marah.happy lagi.

Ada suatu petang kami men bola, petang betul sd.mo dekat2 magrib. Mak aq suru brenti menla, tapi degil, men jak trus. Adik aq c pami kecik lagi tp men jgk. Dia jd keeper. Aq opponent diala ni.  Pas kena suru brenti tu aq degil men jak, kenapa degil? Sebab time tu aq ada peluang kasi gol.heheh..konon! jadi aq bawa bola tu dkt c pami dan pang!!!! Tekenak sebelah tangannya time aq merimbat..

Dan akibat degil, xpatuh arahan si ibu..tangan c pami patah. Eh, manada patah, dia jak tu lebih2 ckp patah. Teseliuh jak ba tu. Tapi serius aq takut time tu. Tangannya bengkok sd.lari kali tulangnya dr posisi yg betul. Dia nangis jak sambil tuduh2 aq salah. Mak ku risau sd. Tapi klu setakat marah dan risau jak apa gunakan. Jadi malam ckit lepas magrib dibawalah c pami g jumpa tukang urut, kasi lurus balik tangannya. Seminggu ++ jgkla tangannnya bebalut. (T_T). Done!

Lagi..

Cerita yang paling best dan sering aku ingat pasal bola ni ialah pada tahun 2002. Time 2002 FIFA World Cup Korea Japan. Tahun tu aq tingkatan 2. Piala dunia ba tu, satu dunia tgok. Memang femesla.  Cak fikir balik kenapa pempuan suka tgok bola? Ba, biar aku jawab kenapa. Tapi jawapan ni sesuai tuk aq dan geng2 pempuan aq time sekolah dlula. Kami suka tengok bola sebab pemain bola ensem2, comei2 dan ofcozla hebat n femes. Apa yang kami sanggup buat masa world cup time tu?

1.      Kami dok belek news paper  atau majalah2 ruangan sukan n gunting gambar2 pemain bola yang kami sd aim . suda gunting, up to us la mo buat apa. Ada yang tampal dalam buku khas koleksi gambar2 pemain bola. Dan paling bangga ialah bawa gambar tu d sekolah, tunjuk dengan kwn pempuan len. Niat mo kasi jeles la tu. :P

2.       Habiskan masa time cikgu xda bebual pasal aksi2 comel pemain bola di perlawanan semalam. Time becrita tu, semua xcited  sampai ntah cakap sapa yg mo di dengar. Biasala org pempuan klu crita pasal lelaki.hakhakhak..(tpi time kami xcukup matang jak tu ya,skrg kurang2 sd) :P

3.       Memandangkan jam di korea n jepun dekat2 dengan Malaysia (xla dekat betul tapi xla sampai bejaga lewat malam atau subuh tuk tgk perlawanan bola), kami selalu ponteng sekolah gara-gara mo tgok team n pemain keminatan kami beraksi jam 2 petang ke atas. Maklumla time tu kami sekolah sidang petang. Tapi kami bijak, kalau ponteng, sorang2. Nanti keesokan harinya baru cerita apa kejadian perlawanan petang kemarin dengan kwn yg dtg sekolah. Nti klu ada pelawanan best, kawan len la plak yg ponteng.

4.       *paling best* men kirim-kirim surat klu xdatang sekolah. Macam biasa, isi surat mesti ada kaitan dengan perlawanan bola. Xda crita len punya. Aku masih simpan lagi surat-surat tu semua. tapi di mana ya??hehehehe

Huuuu..bayangkan kami pempuan angau selama sebulan. Dan tahun tu jugakla aq rasa tahun rekod kehadiranku yang terburuk. Ponteng saja. Tapi syukurla xsampai ke bilik disiplin.

Ni crita 1st time aq tgk plwnan bola live depan mata. 

Pertama kali aq tgok perlawanan bola secara live pada tahun 2007 (klu xsilap) di stadium Likas (likas jak ba kesian). E2 pun secara kebetulan. Kebetulan aq g sana tuk join perlawanan hoki d stadium likas tu. Tinggal n tidur d asrama likas tu jak. Besebelahan. Jadi ada game Sabah lawan sapaka tu, lupa suda..kawan ajak p tgok. Lagi pun malam xda latihan. Rehat2 jak, jd ikutla..teruja jgk sbb xpenakan tgok live.

Tp aq  xtgok dari awal perlawanan. Start masa kedua bru dapat masuk stadium. Tu pun hasil  kawan aq jek2 pacik yg jaga gate masuk stadium. Cewek yang cakap, lepasla..hehehe. best jugakla tgok live. Lain perasaannya. Klu dulu tgok d tv jak kan. Ni kali live. Sampai xterbendung ba perasaan teruja tu. Aq siap sms abah ku d tawau lagi, gtau yg aq dlm stdium tgh tgok bola.hahaha..alangkah kumpaunya aq time tu. Bukan stakat abah ku, tapi kawan aq pun (yg tinggal dekat2 c2)aq sms gtau benda yang sama dengan harapan dia dtg dan ble tgok sama2.

*kes buruk*

Memandangkan aq terlalu xcited gila2 babi time tu, , aq tersalah jari dengan menaip sms ajakan tuk kwn yg tinggal dekat2 c2 tu(rujuk di atas) tapi aq tersalah antar sms ..Arggghhhh!! Masej dihantar ke Sayang. Huhu..kantoi! Masej terhantar p hp bf aq plak (now:kwn ja). Dan dengan segera selepas terhantar msg tu dia call..berat jari aq mo tekan butang ejau. Kali ke2 dia call bru aq jawab. Gagap jugak aq menjawab time tu. Macam biasalah, marah tapi ego jadi xtunjuk betul. Just letak phone dan dia cakap xpala. Aku ingat lagi time tu dia g Labuan, ada battle of the band dia ckp. Suasana bising time dia kol but dia sanggup keluar dewan tuk tanya pasal msg tu. Tapi akhirnya dia sendri yg kecewa dan aq menyesal. Tapikan, aq xcurang ba, aq just sms kwn ku jak.salah ka?? Kamu rasa salah ka x????

Sekarang macam?.

Selepas Malaysia menang piala AFF Suzuki ari tu. Semua orang teruja balik mo tgk Malaysia men. Aq pun sama jgk. Siap beli jersi Malaysia lagi. Buka internet baca story2 pasal team Malaysia. Nama pemain yang sering disebut2 org dan rakan2: Khairul Fahmi, Sabre Abu, Muslim Ahmad, Amirulhadi, Norsharul Idlan Talaha. Aq pun  jadi sibuk baca2 blog, komen2 pasal bola dan kadang2 hidup peribadi diorang semua ni. Tapi yang paling la, crita c khairul fahmi. Mcm mo abis post gfnya aq baca satu2. Paling2 aq bca crita pasal c khairul fahmi tu, aq ada jgk tertarik ngan crita c Aidil Zaquan mo kawin ngan c Ayu Raudah. Hahaha.menyibuk jak aq tepi kain orang kan. Tau2 tepi kain ku kotor sd kena lecak. Dari crita bola p crita kawin2 la plak kan. :P

~~~~~~~

Banyak mau pikir sekarang. Bukan bola sahaja. Pilihan raya d Sarawak lagi 16hb ni. Kes video skandal seks pemimpin lagi. Kes pegawai Kastam mati jatuh dari bangunan SPRM lagi. Perlumbaan Formula One F1 Sepang 2011 lagi.

Banyak mo pikir (klu suka bepikirlah)
Tapi,

The Red Warriors ari tu kalah lawan Perak (0-4) :P
Junici Inamoto
Hidetoshi Nakata

Thursday, April 7, 2011

Baby yang berkuasa! Boleh mengangkat 26 orang berumur 10 tahun

سيا إله نور شيزون بنتي بس . سيا تينججال دي بات ٤١/٢  جالن عباس تو .
وا.... بوله طليس جنة توليسان جوي لا.
بنية سمات. أكو سوق له معكم ني. تيريوس كسجادي با أكو مو بيوت بوست باسل "بابيء ني. 
هههه...

Ba yala..siapla sd aku test2 tu tulisan jawi..mcam syok ba.hehe.
Berbalik kepada cerita pasal Baby yang punya kuasa ni. Alkisah_____..

        Pada suatu hari, di sebuah sekolah terdapat 2 orang guru praktikal sedang menjalankan satu sesi pengajaran berpasangan bagi subjek bahasa Melayu (BM). Mereka berdua menjalankan pengajaran di bilik tayangan kerana memerlukan LCD bagi pengajaran pada hari tersebut. Kelas pun bermula.

Ketua kelas: Berdiri semua. . . Assalamualaikum cikgu.
Semua murid: Assalamualaikum cikgu.
Cikgu 1: Walaikumussalam. Duduk.
Cikgu 2: Walaikumussalam (dalam hati)

         Selapas itu, cikgu 2 memulakan pengajaran dengan set induksi menonton video berkenaan dengan banjir yang berlaku di sebuah daerah di Semenanjung Malaysia. Majoriti murid memberi tumpuan terhadap video tersebut. Selepas selesai, murid seperti biasa akan respon terhadap video tersebut. Selesai set induksi, cikgu 1 mula mengajar bahagiannya. Langkah 1, 2, 3 dan penutup.

        Bla bla bla bla...cikgu tanya..murid jawab..cikgu tanya...murid jawab...murid jawab..murid jawab...akhirnya habis sejam sesi pengajaran dan pembelajaran pada hari tersebut. Murid pada saat itu kelihatan lesu sekali. Mungkin bosan dengan cikgu berdua tu kali..hehehe. (mungkin syak ba).

         Secara kebetulan, selepas subjek BM ialah subjek BI yang mana guru BI pada ketika itu mempunyai urusan di luar sekolah. Maka seperti biasa dan standardlah guru praktikal diarah untuk mengganti kelas. Guru berdua tu pun bercadang meneruskan pengajarannya sehingga tamat masa BI.

         Mereka bercadang untuk merawat kelesuan muridnya setelah penat belajar tadi. Murid dihiburkan dengan muzik dan lagu-lagu yang riang. Di samping itu, mereka juga dihidangkan dengan video-video buget hebat cikgu tersebut...dan standard guru praktikal lagi ialah mengajak murid untuk menari Tarian Ayam..kok! kok! kok!..Entah kenapa, murid-murid tidak jemu dengan tarian tu. Cikgu pulak yang jemu bah.

        Sampai satu saat, buget guru tadi untuk menghiburkan muridnya telah habis. Ibarat duit tabung kalau dikoret terus akan habis jugakkan. Sebagai negara yang mengamalkan demokrasi, kedua-dua guru tadi cuba mendengar luahan dan permintaan murid sendiri untuk menghiburkan diri mereka.

     Memandangkan masa tu adalah masa subjek BI, cikgu ni pun paw la murid dia dengan trep hebat speaking english. Padahal dia punya English is RUBBISH!!! 

Cikgu 1: Okay, what song u all want to listen? let teacher sing it to you. Teacher is finalist of         OIAM you know... 
Cikgu 2: (Tersenggih-senggih di balik laptop lawan ketawa).
Murid 1/26: Teacher teacher...let me sing lah.. my voice is better than yours. 
Cikgu 1: a eh budak ni, lawan tauke plak(dalam hati dia berkata).
             : Okay, you more good than me yaaa. . so can you sing some song to all of us here?
Semua murid kecuali murid 1: Yeaa..prove it to us!!!
Murid 1/26: Naa.... (sambil menggoyang2kan sebelah tangannya tanda itu kerja mudah!)

         Murid itu pun bersedia untuk menyanyi. Semua murid dan dua orang guru tadi pun memberi perhatian terhadap murid tersebut. Murid tersebut pun nyanyi..
Waaaaa! Fuyyoooo...! ternyata murid itu memang lebih hebat dari cikgunya. Murid tersebut siap nyanyi lagu Maher Zain lagi jhoo. Siap dengan gaya lagi. Klu Maher Zain dengar mesti dia menangis gila2 xtrima kenyataan ada orang lagi better dari dia.

Cikgu 1: Okay3. Never mind. Malay's Starring always lost 1st. 
Murid 1/26: Ala....save your word!
Cikgu 1: ?!?!?!?! (blur)

       Selepas cikgu tadi "dimalukan" oleh murid tadi. Kedua-dua guru tadi pun hilang semangat untuk mengpaw murid-muridnya lagi. Jadi mereka berdua terpaksa menjalankan aktiviti nyanyian beramai-ramai agar tiada yang kalah atau menang. 

Cikgu 1&2: Kamu semua mahu nyanyi lagu apa?
Murid 1/26: Insyaallah..Insyaallah..
Murid 2,3,4/26: Hujan cikgu...cikgu ba..hujanla ba..
Murid 5/26: Cikgu! lagu Shahir.
Murid lain2: cikgu cikgu cikgu..zeeeeeeeeeeeeeeeeeeeett.... (macam lebah)

         Autokratik! guru memilih lagu Gemuruh-Faizal Tahir. Murid nanyi jugak. Suka lagi.hehehe

Selesai gemuruh. Murid mula membuzzzz macam lebah sekali lagi. Kali ni cikgu tunaikan jgkla lagu permintaan muridnya. Shahir-kebahagiaan dalam perpisahan. Jiwang lhorrrr.. Penuh perasaan dan mendayu2 diorang nyanyi. Happy lah tu DJ radio pusing lagu permintaan diorang. Cikgu no2 tahan2 jak telinganya dari keluar darah. :P

         BUZZZZZZZZBUZZZZZZ....selesai lagu mesti melebah ba diorang semua ni. semua lagu dorang mau nyanyi. Suruh jawab soalan macam2 alasan plak diorang bagi. Sakit leher sebab salah bantal la tidur semalam, mau g tandas xtahan mau kencing sebab tadi pagi minum milo manis banyak betul dan paling membunuh punya alasan ialah "cikgu ajar xbestla..boring"!!

       Cikgu tadi pun tahan hati jak dengar alasan-alasan muridnya. Dan buat kali terakhir, cikgu autokratik lagi. Cikgu berdua sepakat untuk memusingkan lagu berhantu. BABY by Justin Beiber. Lagu dipasangkan.. ho u o ho o u o...jeng jeng.....ho u o hu o u ohhh hoooo...

Murid 6/26: I know you love me, i know you care...lalalalala
Murid lain: beeee...jeleknya cikgu..
                   lagu lain ba...lagu itu ini itu ini itu ini itu ini..

    Kebanyakan murid tidak bersetuju dengan lagu Baby ni. Tapi murid perempuan layan. Murid lelaki bising dok sebut-sebut lagu yang diorang mau sambil si Justin Bieber tu memBaby2. Guru biarkan saja gelagat murid lelakinya itu kerana sudah tidak bermaya untuk melawan. 2jam ba tu duduk dalam kelas yang sama tanpa henti.Penat.

         Justin Bieber ni ramai peminat tapi pembenci dia ni pun ramai jgk. Situasinya samalah yang macam murid-murid tu tunjukkan. Cikgu dia pasang lagu Baby dia dok bising mintak lagu len. Tapi tu la...seperti tajuk post di atas. "Baby yang berkuasa!", murid akhirnya akur di part chorus lagu ni..

Murid yang protes: aish...lagu hujan ba cikgu. lady gaga la. waka waka cikgu best.saminamina e eh wakawaka a eh..cikgu pusingla lagu Radiohead ka, MCR ka, baru menggigit. Apala justin beiber ni,macam pondan jak aku tengok. (macam2)

murid-murid yang protes tu bising sampai lagu Baby yang perempuan tengah nyanyi tenggelam kerana kebisingan mereka.. But...Baby punya kuasa ok.

chorus:
Semua murid:  And I was like baby, baby, baby, oh
                          Like
baby, baby, baby, no
                          Like
baby, baby, baby, oh
                          I thought you'd always be mine, mine
                          Baby, baby, baby, oh
                          Like
baby, baby, baby, no
                          Like
baby, baby, baby, oh
                          I thought you'd always be mine, mine


hahahaha..cikgu berdua pun ketawa tengok semua murid yang protes tadi sing along part chorus tu.hahha. Selesai korus, diorang bebel lagi mintak lagu len tapi bila sampai part korus baby baby..automatik diorang nyanyi lagi. sangat lucu.

The End!

ha, tu la mo habaq kuasa Baby. even ramai yang xsuka Justin Beiber, tapi  diorang nyanyi jgk dan kadang2 telinga diorang layan jgk Baby tu.  sebenarnya aq pun xminat dgn c Justin ni. Tapi kadang2 mo jugak aq dengar lagu dia. Just suka2. Anda bagaimana? ?

_Jgn libatkan or bygkan watak di atas dengan sesiapa_