Friday, March 18, 2011

CIRI-CIRI BLOG POPULAR


       Kajian ni xada guna mana-mana instrumen untuk menilai, just dari sudut pandangan peribadi aku sendiri. Setuju atau tidak, terpulang dari anda yang membacanya.

Pertama: Blogger mestilah ‘Somebody’

Contohnya, cik Elia ni. Dia kan bf Fahmi. Siapa xkenal Fahmi.[Tabiat aku, suka baca kisah cinta dorang..hehehe tapi cerita dorang gantung la..huuu]

Kedua: Jadi penganjur ‘Contest’

Macam aku, aku start buat blog semata-mata mo join contest. Secara tidak langsung, blogger yang menganjur tu akan ramai pengikut dan blog dia akan selalu kena view untuk dapatkan maklumat yang terkini berkenaan contest yang disertai. Dan manalah tau ada contest baru lagi. Boleh menang hadiah. Mau tunggu birthday baru dapat hadiah, lambat lagi.hehe.

Ketiga: Tajuk-tajuk post yang 'Something'


Perkataan dan ayat-ayat yang menarik macam ni ofcozla merangsang dan membuatkan diri berkobar-kobar untuk membacanya. Tapi sebenarnya xda pa2 pun..Tajuk jak tu..gimik..hehehe

Keempat: Post berkenaan soalan spot exam dan nota-nota pembelajaran


Arrr..blog macam ni femes bagi pelajar-pelajar macam aku ni la. Kena-kena lagi time exam mau dekat..huhu..macam pesta.

Kelima: Blog berunsurkan agama/kerohanian/motivasi


Blog macam ni byk pembaca, termasuklah aku yang rabun bab-bab agama, keyakinan diri rendah dan sebagainya. Pembangunan JERIS tu mesti seimbang ok. [peringantan untuk aku jugak]

Keenam: You adalah seorang blogger yang cantik/cute/ensem [fitrah manusia suka akan kecantikan]


aku xkenal Haniz Zulaikha ni siapa tp klu buat seacrh d google..baru aku taip huruf 'H' trus dia bg suggestion Haniz Zulaikha. memang femesla dia ni. Dan berbalik kepada tajuk, dia memang cantik.

Ketujuh: Blog politik


Blog macam ni pun agak popular jgk. Tapi, aku xpandai mau hurai. Nanti silap, kenak saman. Aku miskin, dompet lagi mahal dari jumlah duit dalamnya. Faham2 sendiri jak la k.


        Ba, ni jakla yang dapat aku bagi. Xboleh tulis banyak-banyak, nanti banyak yang salah dari yang betul. Almaklumlah baru sebulan cempedak. Masih mentah lagi. Gud luck all. Peace (',')V

pics terbabit di atas:
aku prt sc dr blog diorang semua[harap jan marah ar]

No comments:

Post a Comment