Monday, March 28, 2011

Dengar dik, JANGAN BODOH SOMBONG


CUBA LAGI

Satu dua tiga dan empat
Cuba berkali masih tak dapat
Lupakan sakit segan dan penat
Nanti di puncak pasti terubat


Empat tiga dua dan satu

Puncaknya betul aku di situ
Ada dah dekat, ramai yang berbatu
Cuba lagi dik ku tunggu

(korus)

Ku cuba berkali-kali
Masih tak menjadi-jadi
Tapi ku tak patah hati
Tiap kali gagal aku cuba lagi

Aku cuba lagi, aku cuba lagi
Hanya yang lemah kan lari
Jadi lelaki dan cuba lagi

Ku cuba, ku cuba, ku cuba

Puas ku cuba

Nah! Bukan senang hendak menang

Apatah lagi jadi juara
Nah! Bukan senang nak jadi bintang
Apatah lagi jadi lagenda
Aku tahu aku fasih
Nombor satu, yup, aku masih
Terima kasih seteru bersekutu
Keranamu aku bertambah mutu
Tetapi, kebelakangan ini aku tepu
Hampir beku, ni, buku lirik kosong nak berdebu
Hilang sengat hilang seri hilang seru hilang merdu
Mata tutup kepala tertelungkup
Pintu dengar ketuk, oh anakku menjenguk
Papa jangan kerut dahi
Tukar niat baca Bismillah mesti jadi

(ulang korus)


Buat lagu hebat radio tak nak main

Apa boleh buat? Buat lagu lain
Aku dengar sedap, dia dengar lain
Mungkin lepas menang AIM dia main
Jangan cari pasal, kaji hujung pangkal
Buat lagi sampai tiada orang boleh sangkal
Sampai orang kampung kata pakai tangkal
Sampai gadis kota tidur tepuk bantal
Sampai orang-orang gaji pun hafal
Tapi selagi tak berlaku, tawakal
Ganda usaha bukan simpati
Percaya besok lusa buat lagi
Mereka tanya sampai mana
Yo nampak langit sampai sana
Tiada makna kalau tiada fakta
Lihat carta situ ku diwarta

(ulang korus)


Ma kata ku pandai Pa kata ku kuat

Jadi kalau cari jalan tak jumpa, ku buat
Ke sini ke sana hanya satu garis lurus
Jangan menoleh mana-mana jalan terus
Ku bukan jenis suka omong kosong
Tolong dengar dik, jangan bodoh sombong
Lima ribu tahun atau lima saat
Kalau kita mahu kita dapat
Banyak laki, berapa jati
Banyak janji, berapa ditepati
Cuma dara sunti minta puji, anak jantan minta uji
Lepas cakap besar tanam pokok
Pasti belum boleh berteduh besok

Dan kalau tak berbuah doa sehari lagi
Tuah akan sampai dengan Taming Sari sekali

Ku cuba lagi


(ulang korus)

Greeting sir :) ....
yo..mcm lagu atas tu.me like.u? like jgk kan.
Aku ingat lagi dlu2 klu kami adik bradik dgr lagu  yg ada rap2, mak aku mesti ckp mcm ni, 
"lagu apala ni!! merepek jak xpandai abis-abis"  hehe..tp memangla mak aku ckp gtu sbb rap dia bhsa english, sepatah haram xfhm sbb laju betul [tapi klu slow pun , xsure aku fhm]hehehe.
Gara2 lagu mcm merepek dan membebel ni la siapa2 di rumah tu yang membebel, mesti dickp tgh  rap..hahahah...adik aku slalu ckp mak aku gtu dan mak aku pun slalu olok adik aku bgtu..(karma) . Tapi skrg rap c Malique ni xlaju macam dlu sd. 
"dulu rapku laju, sekarang dah diperlahankan,
dulu banyak bunyi,sekarang trlebih perkataan,
cipta perumpamaan,telaah terjemahkan,
kiri kata boleh tahan, kanan kata a'ah kan"
                                         (bingkisan lirik OK) 

Em, mungkin  ada btulnya jgk mak aku ckp tu  tapi  klu diteliti betul2 lirik dia, ada pengajaran jgk. ada nilai lah cikgu2 cakap.  macam lagu atas ni dan banyak lagi lagu2 malique yang len (cantek dll) ..lagu ultimate(kota rayaku) pun best jgk.

Memandangkan aku ni suka tulis tapi xstudy, aku xbranila ulas banyak2. Just tulis apa yg aku rasa dan suka. Em..gnila, aku buat rumusan.. ramai orang yang suka dengar muzikkan. xkirala muzik apa sekali pun. ikut cita rasa masing-masing. Sehinggakan ada yang ndak tenang klu xdgr muzik dalam sehari. Muzik jak sepanjang hari sampai mak dia selalu marah anak dia xmau pergi sekolah, tidur lewat, xmakan sama2 keluarga.. gara2 dok download lagu2 baru, karoke, buat video cover lagu mo d upload d Utube dan macam-macam lagi. tapi Xpala, hobi plak tu..tp jan la melampau plak..

blajar d sekolah pun penting jgk.apa lagi makan..PALING penting.Hidup untuk makan meh..heeh. Tapi, dgr muzik/lagu ni sbnarnya bukan zero, ada pelajaran di dalamnya. Kira macam pembelajaran akses kendiri la ni.
Situasinya macam ni: 
CIKGU:adalah  u..awakla tu..kau bah..
TAJUK PELAJARAN: lagu/lirik.
BILIK DARJAH: tempat kita stayla..bilikka, manaka,mana-manala..janji suasana kondusif.
MURID: ofcoz u jgk. :)
LATIHAN PENGUKUHAN: cuba nyanyi dengan menghafal lirik lagu tanpa silap..heeheh
AKTIVITI PENGAYAAN: petik gitar/tekan2 piano/tiup recorder..buatla cover. Biasakan.
PENILAI: ble jadi adik bradik, kawan2, vlogger dan siapa2 saja.

Tapikan, ada juga orang yang minat gila2 dengan muzik sampai dia menjadi orang yang sangat2 murah hati. berkongsi keminatannya dengan semua orang-orang kampung dan taman perumahannya. Bagaimana?? ar...dia dok putar lagu sebijik macam majlis orang kawin..kuat dokkkk. jimat letrik jiran sebelah.xpaya buka radio. tapi sehari dua mungkin jiran-jiran bersyukurla. Masuk hari ketiga,,,faham2 ja la.. :)

So, pengajarannya ialah...teruskanla minat anda jika ia tidak membawa kemudaratan kepada diri sendiri dan orang-orang di persekitaran anda. Fahami perasaan orang lain dan wujudkan nilai empati dalam diri. Maka hidup akan lebih dihormati dan menghormati..[ada kaitan?] 


ok.Cau...Jangan lupa senyum....sebabbbb..
"kalau awak senyum, saya pasti senyum sekali"
dan paling hebat...
"bila semua orang senyum, dunia tiada penyakit"
n n n n... doktor pun xda keja..hehehehe

No comments:

Post a Comment