Saturday, August 9, 2014

#1 Sayang Tiada Sudahnya

Dup Dap Dup Dap

Tiga orang perempuan sedang duduk menikmati makanan di sebuah gerai di kawasan yang menghimpunkan deretan pelbagai gerai makanan. Seorang daripada mereka hanya mengacau-ngacau makanan yang telah dipilihnya sebentar tadi. Hatinya berdebar-debar sehingga hilang selera makannya.

“Sya, kenapa tak makan?”

Em..aku kenyanglah Yin . Tak rasa macam mau makan plak.

Sya, berusia 20 tahun dan menuntut di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan tinggal di asrama. Perempuan yang kurang ciri keperempuanannya kerana membesar dengan seorang abang dan seorang kakak yang turut terpengaruh dengan cara dan pembawaan abang sulungnya. Di tambah lagi dengan gaya hidup yang lasak sejak dari kecil.

♥♥♥♥♥♥

Selesai makan. Mereka menyambung aktiviti membeli-belah sebelum pulang semula ke asrama. Namun Sya masih tidak habis gelisahnya. Telefon di tangan di belek-belek padahal tiada sebarang panggilan atau pesanan ringkas yang masuk.  Yin dan seorang lagi rakannya, Lina hanya memerhati Sya kehairanan namun tidak mempersoalkan apa-apa.

Setelah berkali-kali Sya memeriksa telefonnya, dia akhirnya menyimpan sahaja telefonnya di dalam poket seluar sebagai tanda tiada lagi pengharapan terhadap panggilan atau pesanan. Dia menuruti rakannya masuk ke kedai menjual perhiasan wanita. Sedang khusyuk dia dan rakannya memilih barang, dia terdengar namanya dipanggil-panggil berulang kali. Pada mulanya dia buat tidak tahu sahaja tetapi setelah rakannya turut perasan dengan panggilan itu, mereka memerhati sekeliling untuk mencari punca suara tersebut. Akhirnya Lina dapat mengesan siapa yang memanggil nama Sya tadi.

Seorang lelaki sebaya mereka sedang berdiri di balik pintu masuk kedai. Berpakaian seperti seorang pelajar sekolah menengah yang baru balik dari kelas tambahan. Mengenakan baju-T berkolar, berkasut tali serta beg simpang di badan.

Pada ketika itu juga debaran hati Sya tiba-tiba berdegup pantas. Sepantas larian wakil atlet pecut 100 meter negara. Dia cuba berlagak tenang apabila Lina dan Yin melihat dia dengan pandangan penuh tanda tanya.

Diakah orangnya? Sya bertanya di dalam hati.
♥♥♥♥♥♥


Let the story begin...

Salam Ahad.

Ba, aku tgh cri idea mo buat cerita tapi..
ya ampun susahnya mo atur tu ayat.. berojak2 ba dlm kepala. xtau mo mula yg mana.

klu ikut yang dibelajar time skola2 dulu...sebelum menulis mesti ada plot cerita atau pun jalan cerita.
1st permulaan
2nd perkembangan
3rd perumitan
4th klimaks/ kemuncang
last peleraian/ ending

perkara yang perlu diambil kira jugak seperti watak perwatakan (yg paling penting. xda watak, xda crita) dan latar tempat/masa. tema dan persoalan pun penting.

em..tapi aq xtaula nanti aku punya crita tu masi ikut atau ndak benda2 semua di atas tu.

so, just wait n see k. aku tgh start dengan permulaan crita skarang ni..tapi stuck di bab memperkenalkan watak. sebab watak ni susah ckit mo cipta. syok sndri punya watak.hahah.

Ba.
ni antara proses menentukan latar masa cerita. hehehe

Friday, August 8, 2014

Memberontak dalam Mimpi


12AM-5.05AM, 9.OGOS.2014

Aku degil dengan kehendak ku. Dia tetap tegas dengan pendiriannya. Dia lebih tahu semuanya kerana pengalaman telah mengajarnya. Baginya, kalau aku tetap tekad dengan kehendak ku yang satu itu, aku akan mewarisi pengalamannya. Entah, mungkin pahitnya lebih terasa berbanding dengan kemanisannya.

Kata-kata dengan nada tinggi mengguris hatinya. Malah semua orang tidak sangka aku telah melakukannya. Aku tidak mahu berkata apa-apa selain menegakkan kedegilanku. Semua orang di sekeliling ku menjadi mangsa. Melihat keteganggan muka dan mendengar ayat yang berbisa.

Akhirnya, apa yang aku dapat??

Pengajaran. Pengajaran bahawa aku masih lagi diberi peluang untuk berfikir baik buruk tindakan ku nanti kerana ini semua sekadar mimpi.

Apa pun keputusan ku nanti, harap dia merestui. Amin.


Mimpi, huuhh tapi rasa macam betul-betul terjadi. Maafkan semua-semuanya yang telah aku lakukan di dalam mimpi ku. Maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Niat derhaka jauh sekali.