Friday, August 8, 2014

Memberontak dalam Mimpi


12AM-5.05AM, 9.OGOS.2014

Aku degil dengan kehendak ku. Dia tetap tegas dengan pendiriannya. Dia lebih tahu semuanya kerana pengalaman telah mengajarnya. Baginya, kalau aku tetap tekad dengan kehendak ku yang satu itu, aku akan mewarisi pengalamannya. Entah, mungkin pahitnya lebih terasa berbanding dengan kemanisannya.

Kata-kata dengan nada tinggi mengguris hatinya. Malah semua orang tidak sangka aku telah melakukannya. Aku tidak mahu berkata apa-apa selain menegakkan kedegilanku. Semua orang di sekeliling ku menjadi mangsa. Melihat keteganggan muka dan mendengar ayat yang berbisa.

Akhirnya, apa yang aku dapat??

Pengajaran. Pengajaran bahawa aku masih lagi diberi peluang untuk berfikir baik buruk tindakan ku nanti kerana ini semua sekadar mimpi.

Apa pun keputusan ku nanti, harap dia merestui. Amin.


Mimpi, huuhh tapi rasa macam betul-betul terjadi. Maafkan semua-semuanya yang telah aku lakukan di dalam mimpi ku. Maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Niat derhaka jauh sekali.

Thursday, June 5, 2014

::For Myself::Happy Birthday::

6.Jun.2014
26 Tahun

Ya Allah..Aku bersyukur atas nikmat nyawa yang Kau berikan. Semoga Kau mempermudahkan dan memakbulkan doa-doa orang yang aku sayangi. Amin.


Thursday, May 15, 2014

Semusim di Syurga (ambik tajuk buku Hamka) :))


Sukarnya mahu memberi setelah kita menerima.
Sukarnya mahu membalas setelah kita menerima.
Maaf, AKU. Bukan KITA.

Aku,
bersyukur...
sepatutnya bersyukur dan sewajibnya bersyukur
dengan apa yang aku perolehi.

Aku beruntung...
kerana mendapat sesuatu yang orang lain belum tentu dapat.
Sesuatu pemberian dan perhatian yang orang lain hanya mampu miliki di dunia mimpi tapi aku kecapi di sini, realiti.

Ada jak yang cakap,
"beruntunglah, ramai yang sayang"

Aku harus menghargai, jangan memanipulasi, menukar ganti, berganti-ganti.  menukar ganti??? hahah

Ya. Beruntung.
Tapi kenapa aku rasa macam...mmmm..beratnya??

“Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.” (Al-Anbiya’:35)
Em, Aku diuji.


Aku pada ketika ini boleh memberi
tapi belum mampu membalas apa yang diberi.
Memberi; apa sahaja yang aku punya.
Membalas; apa yang selayaknya.

Penentunya; masa.
Aku harap ia tiba secepatnya.
Biar sama-sama merasa bahagia,
Memberi dan menerima seikhlasnya.
Barulah terasa macam *semusim berada di Syurga.

*semusim= selamanya.hehehe

Kau pergi jua, 
Setelah cinta ku ini membara,  
Belum sempat ku curahkan kasihku,
 Kau pergi tak kembali...

Aku takut menyesal tak sudah.

Tolong jangan pergi sebelum merasa bahagia yang selayaknya.
Please,,,jaga diri. Jangan mati.

Aku takut menyesal tak sudah.

Menangis sampai kering air mata, mata buta tak nampak dunia.

Aku takut menyesal tak sudah.


Kalau sudah ketentuanNya;
Tidak sempat merasa indahnya syurga dunia,
Halalkanlah, maafkanlah..
InsyaAllah ku balas di syurga yang di sana,
Namun bila, syurga berpihak pada kita.

Ku Mohon Maaf untuk semua2nya.
bukan ku lupa jasa tapi ego kuat meraja, diktator dijiwa dan minda.

Saturday, May 10, 2014

Sahabat Sejati Sentiasa Di Hati


Rindukanmu, Teringatkanmu.

Tahir bin Lamante.
28.12.1988 - 7.10.2013


Ni gambar terakhir aku dgn kau. 13.9.2010, dan xsangka inilah hari terakhir aku jumpa kau depan2. Sedihnya selepas 3 tahun xjumpa, aku hanya jumpa dgn kau semula di tanah perkuburan..di pusaramu. :'( (Nangis)

"sakit gigi, letak minyak pelincir"

Inilah cara kau dikenang.

Semoga Allah merahmatimu. Amin.

Monday, October 15, 2012

Perkara Yang PALING aku.... untuk tahun 2012.

Tahun 2012 adalah tahun yang baru bagi aku kerana pada tahun ini lah aku mula tinggal berjauhan yang betul-betul jauh dengan keluarga. Selain itu, tahun 2012 ini juga aku mula hidup berdikari sebenar-benar berdikari. Aku mula bekerja, menyewa rumah, tinggal bersama orang yang sebelum ni asing bagi aku dan yang paling bahagia sekali adalah mendapat pendapatan bulanan hasil titik peluh aku sendiri. Aku sekarang sudah tidak perlu meminta mak untuk belanja keperluanku lagi.

Selama hampir 11 bulan aku di sini, aku belajar dan mendapat banyak pengalaman. Untuk itu, aku akan ringkaskan seberapa yang aku ingat tentang apa yang aku perolehi di sini dengan ringkasan ayat PERKARA YANG PALING AKU.......

AYAT YANG AKU PALING KURANG SENANG BILA DENGAR TAHUN INI
...orang sini.

contoh ayat:  "Tak heranlah kan, orang sini memang begitu"

Angin dalam badan aku jadi tak tentu arah bila dengar ayat tu. Kadang-kadang aku boleh agak yang perkataan tu akan terucap. Aku terasa tau dengan ayat tu. huhu

PERKARA YANG PALING AKU JARANG BUAT TAHUN INI
Masak

Smenjak aku duduk dengan kawan-kawan ni, aku jadi hilang keyakinan untuk masak. Aku jadi takut orang tak makan makanan yang aku masak.

ORANG YANG PALING BANYAK AKU HABISKAN MASA BERSAMA TAHUN INI
Budak bawah umur

Sebabnya, kerja aku memang kena berhadapan dengan mereka semua.

BENDA YANG PALING CEPAT AKU HABISKAN TAHUN INI
Duit

Aku bukanlah boros tapi memang tahun ni duit aku mengalir macam air. Laju dari air..hikhik.

DRAMA/MOVIE YANG PALING AKU SUKA TENGOK TAHUN INI
Drama Melayu dan semua drama/movie yang pelakon dia BETO KUSYAIRI :)) 

BELANJA AKU PALING BANYAK TAHUN INI ADALAH UNTUK...
Buku dan tiket kapal terbang

TEMPAT YANG PALING AKU RINDUKAN TAHUN INI
Tawau

Aku rindu mau masak-masak di rumah, belanja di bandar Tawau, minum ice blended tepi Milimewah tu, pandu kereta Kancil mama' ku, lepak dan main2 dengan budak2 petang-petang, makan sayap ayam bakar Kong Fah, nasi Lalap, bilikku, rumahku, wifi, tv dan banyak lagi yang aku yakin semuanya ada di Tawau.

PERKARA YANG PALING LAMA AKU TAK BUAT TAPI SEKARANG AKU BUAT
Post entry baru di blog terbiarku ini 

Aku memang selalu berniat untuk meluah di dalam blog ni tapi masa tak mengizinkan dan aku tak reti atur kata untuk aku taip.

DOSA BESAR YANG PALING BESAR AKU BUAT TAHUN INI
[astagfirullahalazim..]

Semoga Tuhan mengampunkan dosa-dosa ku dan menerima taubat serta menetapkan pendirian taubatku. Semoga aku tidak mengulangi lagi dosa itu dan dosa-dosa yang lainnya. Amin.

OKLAH..SETAKAT SAMPAI SINI JAK DULU ..NANTI KALAU ADA LAGI, AKU EDIT BAGI TAMBAH-TAMBAH DIA :))



AARrrghh..GERAM!!!

AARRGGHHHHH!!!!!!

CIKGU TU JAHAT!!!
DIA AMBIL KERTAS JAWAPAN AKU YANG DA SIAP TU KEMUDIAN DIA TUKAR DENGAN KERTAS SOALAN KOSONG!! DIA SURUH AKU BUAT SEMULA DARI AWAL!! ARRGGHHH

GERAMNYA!!!

PENAT AKU BUAT!! AKU BORAK SIKIT JAK PUN TADI!! KEJAMLAH!!

AKU TAK SUKA CIKGU TU! BENCI! BENCI! BENCI!


PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2012



Sekarang ni aku tengah menduduki peperiksaan akhir bagi tahun 2012. Subjek yang aku tengah perah otak sekarang ni ialah Bahasa Melayu penulisan. Soalan dia takda la susah pun. Memang standard umur aku lah.

Eehrrmm…

Masuk hari ni, dah banyak kali aku duduk jawab soalan exam ni..blum kira lagi ujian bulanan, gerak gempur, ujian orentasi UPSR.. dan macam-macam lagi lah. Bukan mau cakap apalah, tapi serius aku penat. Belajar xsampai seminggu, dah kena test.

Bayangkan jak lah.. dalam sehari purata subjek yang aku belajar bersamaan dengan empat subjek. Rehat hanya 20 minit daripada 5 jam 20 minit. Tiada masa rehat semasa pertukaran subjek. Penat gilak. Baru jak habis jawab soalan kira-kira, dah sambung tulis karangan 180 patah perkataan. Tu tak masuk lagi cikgu bebel, marah segala bagai. Huh…

Sama jugakla macam masa sekarang ni, tengah exam. . lepas subjek BM ni, sambung plak subjek pendidikan seni visual..nasiblah PSV ni aku minat..kalau tak…cincai la aku lukis nanti..
Ok ok..aku tau, aku tengah mengeluh sekarang..padahal ni semua untuk masa depan aku jgk. Kalau aku tak berusaha sekarang, mana dapat hidup senang masa akan datang.kan?

Aku Cuma mau luahkan perasaan penat aku ni jak. Kalau aku tak luah, aku xdapat idea mau jawab soalan karangan ni..hihi…ba, masa menjawab ada 45 minit lagi. Aku terpaksa berhenti taip ni untuk sambung balik perah otak buat ayat-ayat dramatik untuk karangan  soalan no.3 “Guru Yang Saya Sayangi” hehehe..saya sayang cikgu Zaidi sebab dia yang ajar subjek ni..hihi..pancingan  supaya cikgu ble bagi markah lebih..hikhik..

ok cau. J