" Murid-murid, hari ini cikgu ada gambar mahu tunjuk.Okay, kamu tengok gambar ni baik-baik dan seterusnya tulis apa saja yang kamu fikir tentang gambar ni dalam buku tulis okay? Dan satu lagi, tak boleh cakap tau. Tulis sampai habis masa. "
(Rabu, 5 Oktober 2011)
____________________________________________________________________________Apa itu Wordless Wednesday??
Kebanyakan blog yang aku layari mesti ada buat entri WW ni.
Tapi tak pernah juga mau tau kenapa WW.
Tapi hari ni aku tetiba pula mau ambik tahu.
Jadi aku pun taipla---- apa itu wordless wednesday? di google.
Jadi aku klik ni http://www.suterablogger.com/2011/05/apa-itu-wordless-wednesday.htmldan yang ini http://www.solihinzubir.com/2011/06/apa-itu-wordless-wednesday.html
Baca dan akhirnya fahamlah juga. post gambar tanpa kata..hakhak wordless kan. hari nya ofcoz la rabu.
Maksudnya di sini, hari rabu tak kira lah minggu pertama ka, kedua ka, ketiga atau keempat ka, rabu ini, rabu depan ka..kalau malas atau tiada idea untuk menulis, boleh post gambar saja. Hanya taip Wordless Wednesday (ke-berapa) saja di ruangan tajuk.
Setelah terjawab satu persoalan, satu soalan pula timbul. Kenapa mesti rabu, bukan hari-hari lain? Jadi..google lagi--- http://www.anamarzablog.com/2011/05/kenapa-wordless-wednesday-bukan-tuesday.html . . owh.....
Macam best pula WW ni tau. Mau jugala buat. Tapi malas, penat dan tiada idea aku ni bila-bila boleh datang. Oleh itu Wordless Wednesday aku mungkin akan jadi Wordless Today.. atau Wordless Anyday. :))
Kalau pekerjaan-pekerjaan lain pun ikut juga macam WW ni kan best. Cikgu-cikgu pada hari rabu hanya perlukan sekeping gambar untuk dijadikan bahan bantu mengajar. hahaha.
No comments:
Post a Comment