Banyak-banyak benda dalam otak ni, benda apa yang paling selalu difikir??
Emm.. ikut situasi okay;
1. Time sekolah----- kasut kotor!!! ala...malasnya mau cuci. kalau cuci confirm tak kering. (jemur belakang peti ais??)
2. Time cuti semester----- duit poket tiada. tak sekolah, tak da lah kemasukan. "hemm, aku mau pergi kedai, ada siapa-siapa mau kirim?" (cas perkhidmatan dikenakan. Tak pun baki duit tu aku ambil)
3. Usia 20-an----- mau kahwin bah. Dapat anak umur tak jauh beza dengan mak dia. Mesti nampak macam adik beradik saja tu kan.hikhik.
4. Time ada couple----- fikirkan dia saja... sudah bagun belum?makan? mandi? sihat? buat apa? dengan siapa? di mana? ingat aku tak? rindu? cinta hari ni banyak mana? rasa semua mau tanya. Ending nya, berpisah. hahaha.
5. Ponteng kelas----- rasa mau tidur saja tapi nanti warden asrama datang macam mana?
Kalau mau fikir semua benda, memang tak habis fikir punya tapi benda yang selaaaaaaalu aku fikir ialah benda yang aku tak mau fikir. Aku selalu elak untuk fikir. Kalau aku bagi tau di sini tentang benda tu, tak boleh. Nanti macam-macam orang fikir.
Apabila usia semakin bertambah, hari semakin bertukar ganti...kau dan aku saling mengenali (chewah).. proses mencapai peringkat kesempurnaan tu yang mengganggu hati. Kesempurnaan tu buat diri rasa memilih, pentingkan diri, tiada belas simpati, ragu-ragu dan iri hati, paling teruk--"eh budak kau tu family kami.. sanggup kau belakangi kami!!!"
Aku ada buat satu tugasan pasal cekap. Kalau mau jadi orang yang cekap dan profesional, jangan mudah sangat berpuas hati dengan apa yang diperolehi kini. Usaha lagi untuk dapat yang lebih baik. Tapi kalau sudah ada bf/gf bolehkah usha lelaki/perempuan lain ???? hihihihi... Em, itu semua terpulang kepada diri masing-masing. Usaha jenis macam mana yang mau diusahakan.
"Selagi kau bahagia, teruskanlah....Janji aku tidak terasa apa-apa selain bahagia juga"
No comments:
Post a Comment