Esok episod akhir Dhia. Entah apa
ending dia nanti. Aku pasti dan percaya ramai yang sudah mengagak-agak apa
ending dia nanti. Terkecuali pada orang yang memang dah tau awal apa ending dia
la.
Macam yang lain, aku pun ada juga
buat andaian untuk episod akhir esok. Tapi aku lagi suka buat ending sendiri
daripada fikir apa yang bakal terjadi esok.hehehe..
Aku mau jalan cerita esok macam
ni…
____________________________________________________________________________
Dhia berjaya dibedah
tapi kansernya masih tidak dapat dielak. Walaupun telah dibedah, Dhia dijangka
hidup tidak lama. Zikir tak tau pasal sakit Dhia tapi terus percaya dengan
kata-kata fitnah mak dia dan akhirnya menceraikan Dhia seterusnya berkahwin
dengan Ros. Dhia terima dengan redha.
Melina dan
Azmi berkahwin selepas itu.
Selepas
dicerai, Dhia pulang ke kampung
halamannya untuk menghabiskan sisa-sisa hidupnya di sana. Sama seperti maknya
dahulu. Dalam tempoh itu, Raffi lah yang sentiasa menemankan Dhia dan menjadi
sahabat Dhia sehingga Dhia menghembus nafas yang terakhir (setianya Raffi…..i
like).
Rumah
tangga Zikir bersama Ros amat berbeza jika dibandingkan sewaktu Zikir bersama
Dhia. Yalah…Dhia kan pandai masak, apa semua..tapi si Ros tu, Maggie jak dia tau. Tapi si Ros memang
sayang betul lah dengan c Zikir. Macam-macam cara dia buat untuk tarik
perhatian dan kasih sayang Zikir. Zikir pun sekarang ikut saja cakap mak dia.
Selepas
beberapa bulan Dhia meninggal, Zikir terserempak dengan Azmi di mana-manala..
Zikir bertanyakan khabar Dhia. Azmi pun bagitaulah c Dhia telah meninggal dunia
dan menceritakan hal yang sebenarnya dari A to Z. Zikir terkejut dan menyesal.
Zikir dengan pantas ke kubur Dhia dan menangis teruk. Dia menyesal dan
meronta-ronta meminta maaf di hadapan kubur Dhia. Malangnya, orang sudah mati, mana
ble cakap. Padan mukak mu Zikir!!!
Zikir
menangis tanpa henti lalu matanya menjadi buta..hahahaha…macam Kassim Selamat
plak…
Emm…
Zikir
menangis tanpa henti lalu menjadi gila…..L0L….macam watak Erra dalam fillem Hingga
Hujung Nyawa lah pulak.
Emm…..
Zikir
menangis tanpa henti dihadapan kubur Dhia. Mak Zikir, Zetty , Ros dan nenek
Zikir turut datang ke kubur Dhia untuk membawa Zikir pulang tapi belum sempat
mereka semua sampai ke kubur Dhia, Roh Dhia keluar lalu mencekik mereka secara
serentak sehingga mereka semua mati. Hahahahahahhahaha.
Emm…
Zikir
menangis menyesal dengan perbuatannya terhadap Dhia. Dia terkenang semua
kebaikan, kemanjaan dan kemesraannya bersama Dhia dahulu sehingga dia memejamkan
mata. Tertidur kali…. Hihi. Zikir membuka mata….15++ tahun berlalu, Zikir
menjadi seorang tua yang suka mendiamkan diri sambil duduk di kerusi roda. Di sampingnya,
Ros, isteri yang setia. Maknya telah lama meninggal dunia di makan hantu raya
Pak Boon. Neneknya pun meninggal dunia juga, lebih awal daripada mak c Zikir
akibat sakit tua. Zeti pula selepas kematian maknya, dia tinggal di US dan
berkahwin dengan mat saleh di sana, isteri pertama. Dia dimadukan oleh suami
mat salehnya kerana tidak dapat mengandung. Hahahahahah
Azmi,
Melina dan Raffi pun turut tua…. Raffi berkahwin dengan seorang gadis pilihan
ibunya beberapa tahun selepas Dhia meninggal dunia dan mempunyai 2 orang anak.
Salah seorang daripada anaknya bernama NURKAMADHIA.
~~TAMAT~~
___________________________________________________
Heheh…itu episode akhir TENTANG
DHIA versi kepala otak aku. Kamu pulak macam mana??
Selamat menyaksikan episode akhir
esok :)
Apa pun yang bakal terjadi esok,
percayala, itu semua telah ditakdirkan oleh Allah yang Maha Mengetahui. Kita
sebagai manusia hanya mampu merancang, berusaha yang terbaik dan berserah. :)